======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

hati. manusia. hati

Salamun'alaikum.

ada sikit aku nak ceghita. tentang kemanusiaan.

tadi pagi. masa otw p keja (praktikal ja punn)

masa tengah drive. aku ternampak bangkai kucing tengah jalan. mati sebab kena langgaq kereta agaknya.
bangkai kucing tu sebelah jalan yang aku lalu, bukan sehala. then masa tu, aku ternampak ada 1 kereta cuba mengelak. dan 1 lagi, biarkan langgar bangkai kucing tu. mungkin dia tak peghasan. --barangkali--

walaupun aku ni bukanlah pencinta kucing. gila kan kucing. bila kereta tu langgaq kucing tu. hati kecik ni menangis. sedih. dan turut rasa sakit. tapi takda la aku benci kucing. tak pencinta bukan beerti benci ok.

kita yang bukan pencinta pun rasa kasihan nak sakiti. inikan yang pencinta.
sama jugalah kita dengan manusia.
even kita ni tak mencintai seseorang tu, sanggup ka kita sakiti hati dia?
hang sanggup orang sakitkan hati hang? sakit kan rasa ? kan kan..
kalau dalam hati tu ada sedikit. setitik. secebis rasa berperikemanusiaan.
takkan kita sanggup tengok orang hidup susah. 
takkan kita sanggup sakitkan hati orang.
takkan kita sanggup lukakan orang. inikan hatinya pula.

lain la kalau kita mencinta orang tu. lagi bertambah lagi laa tak sanggup kann..

jangan biarkan hati kau mati.

bila hati kau mati.
buat dosa pun tak rasa berdosa
buat salah tak rasa bersalah
buat hati orang sakit, bertambah kita suka.

apa ni. apa ?? mata pergi hati kau. mana. mana ??

---------------

ok. setakat ni saja. mau pulang kerja sudah. :D

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

Jiwa Tenang Dengan Adanya Sifat Penyayang

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang sebelum memulakan sesuatu urusan..
dan sentiasalah melafazkan alhamdulillah setelah selesai melaksanakan urusan yang dilakukan..

Baginda saw sendiri pernah bersabda yang bermaksud :

"Setiap perkara baik yang tidak dimulakan dengan menyebut nama Allah, maka ia adalah terputus (tidak diterima)"- [Riwayat Abu Daud]

Lafaz bismillah ini adalah merupakan tanda bersyukurnya seorang hamba kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pemurah dan Penyayangnya Allah  kerana telah memberikan segala nikmat, terutamanya nikmat islam dan kesihatan dengan percuma ! Pernahkah kita mensyukurinya setiap hari? setiap detik?

Di samping sifat Allah yang Maha Pemurah, Allah juga Maha Penyayang kepada hambaNya. Masihkah kita tidak sedar? Maha Penyayangnya Allah pada hambaNya kerana walaupun hambanya ini sering melakukan kesalahan, namun, Allah tetap menyuruh hambanya memohon keampunan kepadaNya dan akan segera menerima taubat hambaNya yang dilakukan dengan ikhlas.. walaupun hambaNya sering melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali. Masih tidak bersyukurkah dan sedarkah kita ?

Dalam pada kita mengharapkan sifat rahman dan rahim Allah, pernahkah sekali kita merenung dan bermuhasabah diri "Adakah dalam diri kita ini mempunyai sifat pemurah dan juga penyayang ?"

Sekiranya kita mempunyai dua sifat tersebut, iaitu pemurah dan penyayang, jadilah kita seorang insan yang akan banyak memberi manfaat kepada orang lain. Sekiranya di perhatikan, orang yang bermasalah terdiri daripada manusia yang mempunyai sikap menyalahkan orang lain, dan sentiasa merasa dirinya sahaja yang betul. Orang seperti ini akan mencari tempat untuk mengadu dan mendapatkan nasihat untuk menangani masalah mereka. Jawapan yang paling sesuai untuk mereka ialah dengan menanyakan "Berapa banyak sifat pemurah dan penyayang yang ada dalam diri kamu?"

Tanam dan didiklah diri sahabat dengan sifat kasih dan sayang. Bukan sahaja jiwa akan sentiasa tenang, bahkan orang sekeliling anda juga menerima impak yang positif =)

alhamdulillah
wallahuálam

0124
19052013
mawaddah khalisah

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

Ayuh !! Bangunlah !!


Ukhtiku yang merinduiMU..
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...

Ukhtiku yang merinduiMU..
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...

Ukhtiku yang merinduiMU..
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah, susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara,
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...

Ukhtiku yang merinduiMU..
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jangan kerana kesenangan dunia yang sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,
jangan kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...

Ukhtiku yang merinduiMU..
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...

Ukhtiku yang merinduiMU..
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kalangan mereka" [ diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain.]
lihatlah penampilanmu, percakapanmu, ataupun akhlakmu,
moga-moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu, jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?

Ukhtiku yang merinduiMU..
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun dicaci, dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan untuk umatnya...

Ukhtiku yang merinduiMU..
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dengan Tuhan,
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,
di kala jasadmu bersama manusia, tapi rohmu jauh terbang merindui Tuhan,
di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan Tuhan,
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu, dengan zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah, murabiyah dan zahidah,
jalan yang pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a,
di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...

^__________^



semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

Dakwah Aiskrim Roti: Tips Bercinta Sebelum Kahwin

 
"Dakwah Aiskrim Roti: Tips Bercinta Sebelum Kahwin".


Suatu petang pukul, 6.40 petang. Seorang makcik telah diziarahi oleh anak sedara pompuannya yang umur 21 an. Lalu makcik mengajak anak sedaranya itu bertenggek di tepi sawah makan aiskrim roti.

Gadis: Makcik, saya ada baca artikel Hilal Asyraf, penulis tersohor tu. Tajuk dia, "Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal." Tak berapa paham ah. Cuba makcik terang sikit.

Makcik: Amboi cairla eskrim makcik camni duk terang. Biasalah ayat dia tu banyak sikit bunga. Hang ni takkan tak paham. Hah apa yang tak clear?

Gadis: Cinta sebelum kawin betul ke ada?

Makcik: Ada je. Ada dua jenis. Satu, cinta sebab nak kahwin. Dua, cinta sebab nak couple. Kenapa makcik cakap ada? Satu, bila hang nak kahwin hang kena tengok dulu pasangan hang tu. Sunat kot tengok pasangan yg kita nak kahwini ni. Adakah hang nak kahwin kalo hang tak berkenan dengan pasangan hang tu?

Gadis: Of coz la nak yg berkenan di mata dan di hati!

Makcik: So, berkenan ni bila hati hang suka. Dari bibit suka tu lah timbul sayang. Dari sayang timbullah cinta. Bezanya, memula ni tidaklah cinta sepenuhnya, mukaddimah baru. Ha, ada berani kata takde rasa cinta? Jangan duk kelentong makcik org tua, lama makan garam masin dari hang. Cinta kat ajnabi ni boleh bila nak kahwin. Tapi ada syaratnya.

Gadis: Apa syaratnya? (Membulatkan mata kat makcik)

Makcik: Syaratnya betul2 nak kahwinlah. Utk orang2 yg mmg bersedia nak kahwin. Utk yang serius2 sahaja. Yang penting sekali, tidak melengah2kan proses ke arah itu. Ni berkenan dan bercinta sampai 5-10 tahun. Tu bukan cinta dah tu. Tu namanya tolong mempercepatkan proses penuaan pasangan masing2. Dah tua, tinggalkan..cari yg muda. Hak ela. Lepas dah lama bersama, baru nak kata, "kita tak seswai lah, tak sefahaman, takleh masukk.."

Gadis: Halal tu camana plak?

Makcik: Rasa cinta tu ok. Tapi yang PERGI BERCINTA tu yang tak ok. Islam suruh PERGI BERKAHWIN. Bila bercinta, nak tiru adegan2 percintaan dalam cite Korea la plak. Tu mmg tak halal. Yang halal di sisi Islam, tumbuh rasa cinta untuk segera nak kahwin.

Gadis: So camana sebenarnya cinta yg sblm kahwin ni?

Makcik: Cinta sebelum kahwin utamanya adalah cinta yang segerakan perkahwinan. Tak perlulah nak letak ikatan apa-apa "bf" or "gf". Datang ke rumah famili, "tanda" betul-betul dengan wali si pompuan. Minta izin, ikat janji dengan abah dia, "saya nak kahwin dengan anak pakcik ni". Direct je. Ikat dengan abah dulu, bukan pepandai ikat dengan anak bagi cincin tanda sendiri.

Gadis: Contact2 camana lak? Harom ke?

Makcik: Bukan takleh tepon, takleh sms, takleh chat, takleh fb, boleh je. Tapi biar berpada-pada lah. Eloknya, benda yang penting2 dan yg perlu je. Sebab sentiasa set dalam kepala, "Aku nak cakap puas2 dengan dia lepas nikah nanti." Takkanlah sampai nak call, nak sms utk bincang pasal hal2 perkahwinan dan pertunangan pun haram. Susah betul nak berkomunikasi. Macam nak kahwin ngn pokok kayu. Kalau boleh call mak ayah or org tengah, tu terbaik. Kalau terpaksa gak kena contact si empunya diri, nak wat camana kan?

Gadis: (Angguk2 olok2 paham). So camana lak bercinta bersayang-sayang sebelum kahwin?

Makcik: Kalau tatau nak kahwin bila, tatau dapat kawin ke tak..tak bolehlah. Tapi, kalau dah jumpa famili semua dan dah ada perancangan, boleh je biarkan rasa tu tapi jangan la duk luahkan rasa sangat. Agak2lah. Cakap sekali dah lah, "eii tak sabarnya nak kahwin ngn awak nii~". Ni hari2 nak cakap "sayang". Lek la luhhh!~ Eloknya, simpan terus jiwang2 hang tu utk dihamburkan lepas kahwin nanti. Kikiki

Gadis: Cinta sebelum kahwin yg terbaiknya camana?

Makcik: Cinta yang apabila kita cinta seseorang itu samada diluah atau dalam diam, menyebabkan cinta kita kepada Allah makin bertambah. Makin rajin kita bangun tahajjud malam. Makin rajin kita baiki diri. Makin rajin kita istikharah. Makin sayang kita pada Allah. Makin kita dekat pada Allah. Makin kita rasa bersyukur pada Allah. Ingat dia, ingat Dia. Tapi lebih ingat Dia dari dia. (senyum)

Bila kita kata "cinta ini kerana Allah", maka mmg patut cinta kepada Allah kita tambahkan lagi. Tapi, jika "cinta kerana tidak ada sebab selain aku dah jatuh cinta padamu", yg sebenarnya kita dah tenggelam dgn nafsu dan kemahuan hati semata-mata. Sebab kita mulai hanya nampak dia, dan kita akhirnya lupakan Dia.

Gadis: Camana lak tentang majlis kahwin mahal? Standard2?

Makcik: Kalau hang laki, hang pilih je pompuan lain kalau dah mahal sgt. Ibaratnya, aiskrim roti ni haa harganya RM1 je. Sedap je pun. Tapi hang pi gak cerdikkan diri beli Tutti Frutti yg kena timbang tu dengan harga sampai RM20 secawan. Rasa lebih kurang je padahal.

Gadis: Huhu. So macik, apa kesimpulannya?

Makcik: Tade sebab kita nak halalkan couple haram. Benda mudarat, buat apa nak halalkan. Islam tu mengutamakan "mencegah lebih baik dari mengubati." Dalam nak bercinta, cintalah ke arah nak kahwin. Jangan cinta couple memain. Senang je makcik nak tanyala pada couple yang berpacaran2, dating, bergayut2 siang malam ni:
"Hati korang rasa tenang ke dalam keadaan sedemikian?".

Couple memain ni ibaratnya macam lintah la. Janganlah jadi macam lintah. Hisap darah kita bukan main sedap, bila dah kenyang tergolek jatuh. Tapi, bekas hisapan tu berbekas sampai 2-3 hari tak hilang2. Contohnya macam lintah kat betis hang tu. kikiki.

Gadis: Apeeeeeeee~~~ Macikkkk~~~~ tulunn~~!!! (tercampak habis aiskrim roti ntah ke mana).

(Kelihatan makcik dah lama melarikan diri sebab beliau pon geli geleman ngn lintah)



info : rusydey artz : lukisan dakwah

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)