======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

mutiara kata

 ƸӜƷ•.¸¸ﷲ¸¸.•.¸¸ﷲ¸¸.•.¸¸ﷲ¸¸.•.¸¸ﷲ¸¸.•.¸¸ﷲ¸¸.••.¸¸ﷲ¸¸.•ƸӜƷ
''.. MutiaRa KaTa ..''

Wahai Maha Pengasih, jika saudaraku ini jatuh cinta, benihkanlah cintanya kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu, agar bertambah kekuatan untuk mencintaiMu. wahai Maha Pengampun, jika saudaraku ini jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati orang yang tertaut hatinya kepadaMu, agar dia tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah. wahai Maha Penyayang, jika saudaraku ini rindu, rindukan dia kepada seseorang yang menjaga rindunya padaMu, agar dia tidak lalai merindui syurgaMu.
Apabila kau berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya. andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana dengan satu keburukan, kau akan membencinya. andai kau ingin bersahabat, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kau akan memfitnahnya. andai kau ingin berkawan, janganlah kerana cerianya, kerana andai dia tidak ceria kau akan menyalahkannya. andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya kerana dia adalah manusia biasa. bersahabatlah ikhlas kerana Allah swt.
Sesungguhnya CANTIK wanita kerana kejernihan wajah, MANIS wanita kerana senyuman yang indah. AYU wanita kerana kesederhanaan lahiriah, HEBAT wanita kerana kesabaran dan MULIA wanita kerana keimanan.
Tidur umpama mati, semandikan diri untuk sementara. namun andai mataku terpejam selamanya, nyawa diambil dalam diam, ku pohon keampunan selama perkenalan kita.
Dugaan dan ujian mengajar kita berfikir. hidup ini penuh dengan cabaran, hanya ketabahan dan kesabaran menjadi kekuatan diri.
Gembira jika diingati, bahagia jika dihargai, untung jika disayangi, bertuah jika dicintai, kecewa jika dilukai, sedih jika dilupai. bila ada kita dirasai, bila tiada kita di cari-cari, bila kita berkata kita didengari, bila kita diberi nasihat kita dituruti, bila kita hidup kita berbakti, bila kita mati kita dirahmati.
Doaku semoga tidurmu diselimuti sutera kasih sayangNya, agar lenamu memimpikan syurga yang indah abadi dan jagamu dapat lagi merasai haruman syurga firdausi.
Ku hadiahkan seteguh sayang bersama AL-FATIHAH yang penyayang, ku kirimkan sesuci kasih bersama AL-IKHLAS yang suci bersih. istimewa buat dirimu, semoga Allah tetap bersamamu..
Jadilah hamba kepada pahala, jangan jadi raja kepada dosa, supaya kita mampu untuk mengejar nikmat syurga dan tidak pula dikejar azab neraka. kasih abadi kasih illahi, kasih hakiki kasih nabi, kasih sejati kasih ibu, kasih suci kasih sesama sendiri.
Ya Allah, izinkan sahabatku ini menjadi sekuntum bunga yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana keimanan dan takwa. namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi, bukan perhatian mata ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki berjiwa sepi. wajahnya bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang memagari diri agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilang harum sejati untuk Kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurgaMu..
Pada penghujung hidup ini, akan berlangsungnya pernikahan kita dengan MAUT, maharnya SAKIT dan NAZAK, persalinannya KAPAN PUTIH, pelaminnya di serikan wangian GAHARU CENDANA, diarak dengan kompangan AZAN dan KALIMATULLAH, akadnya TALQIN berwalikan LIANG LAHAD, bersaksikan NISAN. malam pertama bersama MUNKAR dan NAKIR di dalam bilik berdindingkan TANAH.. jadi, apakah amal yang kita ada apabila tiba masa untuk kitamenghadapi nanti?? sama-samalah kita renung-renungkan.
Bila mata bertemu mata, akan mula rasa kasih. bila hati bertemu hati, akan mula rasa sayang. tapi, bila dahi bertemu sejadah, akan rasa kebesaran Allah.
Keep Allah in your heart to keep you safe and secure as you travel the journey called life.
Duhai teman yang dirindui selalu, walau dimana kau berada, biarlah Allah sentiasa bertapak di hati, kerana Allah lah yang memberi udara, mencukupkan rezki, membekalkan air, menurunkan hujan, menghidupkan tanaman, memberi kasih sayang, kerana Allah lah yang menjaga kita. masih lagi memberi ruang untuk kita bersama walau hanya pertemuan hati, harap kau mengerti, kerana Allah itu Maha Mengasihani..
Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Petua imam Al-Ghazali :- apabila berjumpa orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
Jangan bangga dengan Jas dan berdasi kerana pakaian terakhir kita adalah kain kafan, jangan bangga dengan kereta dan motor, kerana kenderaan terakhir kita adalah keranda. jangan bangga dengan rumah dan istanamu, kerana tempat peristirehatan mu yang terakhir adalah kubur, jangan bangga dengan kecantikan dan ketampanan mu kerana akhirnya hanya menjadi sentapan cacing tanah.
Secebis kasih membuat kita sayang, seucap janji membuat kita percaya, sekecil luka membuat kita kecewa, tetapi sebuah persahabatan selamanya bermakna.
Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan menentukan kejayaan, kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Sesungguhnya MEMAAFKAN itu lebih dekat kepada TAQWA. dimaafkan itu nikmat, tetapi memaafkan itu jauh lebih nikmat, apalagi memberi maaf sebelum diminta.
Manusia sering merancang akan kehidupan dunia, masa hadapan, pekerjaan, harta pencarian, pakaian, pasangan hidup dan segala-galanya.. amat sedikit yang berazam menghafal al-Quran, mencari ilmu sebanyaknya, memberi khidmat pada kedua ibu bapa, menghindar dosa dan menjari redha Allah. kemana semua hidup yang di tuju?? kenanglah saat kematianmu, pasti kau akan bijaksana mengurus kehidupan duniamu.
Tegur saya jika saya mulai sombong, tegur saya jika saya mulai angkuh, tegur saya jika saya mulai salah, kerana saya masih memerlukan manusia seperti mu, hari ini, esok dan selamanya.
Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman, jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan. jika mereka menangis kerana kecewa bercinta biarlah kita menangis  mengenang dosa-dosa semalam. jika mereka lebih cintakan manusia biarlah kita cintakan Tuhan. jika mereka dambakan duniawi biarlah kita dambakan ukhrawi.
Ya Allah, mengapa diri ini merasakan kehilangan sesuatu, sesuatu yang tidak aku pasti kehilangannya, adakah ianya kerinduan padamu, ataupun kerinduan pada dunia ini? jika ianya rindukan padaMu, maka kau tambahkanlah kerinduan ini, tetapi jika ianya rindukan pada dunia yang sementara ini, maka kai hapuskanlah ia.. nauzubillah.
Mengapa pertama kali bercinta dengan kekasih, rasa cinta itu susah untuk hilang, tapi bila pertama kali rasa cinta pada Allah, rasa cinta itu sangat mudah untuk hilang.. alangkahnya bahagianya jika rasa cinta pada Allah akan kekal selamanya.
Iman itu tidak pernah hadir di saat hati menyenangi dunia, ia juga tidak akan lahir dari hati yang telah dihias dengan keindahan harta, tetapi, iman itu terbit tika malam semakin pantas waktunya mencari dan tercari sekeping hati yang menangis dosa-dosa yang membelenggu di saat dahi menyembah kebumi, sementara teman yang lain terus sibuk mencari mempi yang menghijab dari Nur Illahi.
Jadikan dirimu persis seekor rama-rama cantik di pandangan dan di gilai ramai. namun INGAT ! jangan jadi seperti seekor rama-rama yang tidak sedar akan dirinya tapi masih bebas berterbangan di udara. JAGAlah kecantikan dan kesucian dirimu. andai seekor rama-rama di sentuh, hilanglah kecantikan warna kepaknya persis seorang wanita.
Ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa, ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata. ada masa kita perlu ada seorang teman agar kita tidak kesunyian. dan ada masa kita kesunyian membuatkan kita tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seorang teman.
Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Ia beri kaktus berduri. aku minta kupu-kupu, ia beri ulat berbulu. aku sedih dan kecewa, namun kemudian kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik. itulah jalan Illahi, indah pada masanya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi ia memberi apa  yang kita perlukan, kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka, tapi jauh di atas segalanya ia sedang mengatur yang terbail dalam kehidupan kita.
Hidup ini tidak pernah sunyi untuk diuji, kadang-kadang sakit tak terperi, kadang-kadang  gembira tak terkata. bila diuji suka, hati mula bangga, adakah ini milikku seadanya? bila diuji duka, hati mula terasa, mengapa ianya sakit merana? mengapa ia berat segalanya? sahabat, mari kita bersua bersama-sama menilainya, kadang-kadang bila diuji suka xtertanya oleh kita  apa sebabnya, tapi  bila diuji dengan duka, terkiranya kita seberat mana. Allah memberi penawar dan peringatan pada hambaNya agar tidak terpedaya mahupun leka. mengapa Allah berfirman : Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan apa yang di usahakannya.
Life is test. Islam is best. solat is must. akhirat is for rest. word is only dust. if Quran is in chest. nothing need next. sentiasalah setting NIAT, upgrade IMAN, download SABAR, upload USAHA, delete DOSA, update DOA dan topup ILMU, agar kita lebih hampir pada ILAHI RABBI.
Sesungguhnya orang yang berkasih sayang kerana Allah, apabila mati salah seorang daripada mereka, maka masuklah ke dalam syurga. tidak akan masuk syurga melainkan ia mencari sandaranya dan ia berkata : "wahai Tuhanku, dimana sahabatku yang aku kasihi kerana Allah? aku ingin masuk syurga bersamanya". maka masuklah ia ke dalam syurga bersamanya. Allah menyaksikan kasih sayang mereka keranaNya. maka perbanyakkanlah kasih sayang kerana Allah dan Allah menyaksikannya.
Jika meniti jambatan duri, biar tenang air di kali. jika mencari kasih sejati, biar terang keikhlasan di hati..
Ukhtiku, aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian. ukhtiku, aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu dalam pengkhianatan. aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran dari hidup dalam kesesatan. kerana, jangan lupa ukhtiku, muliamu bukan pada pangkat dan harta tapi kerana islam !
Bukankah indah dan hebat jika meninggalkan cinta yang kecik untuk meraih cinta yang lebih besar? wahai hati, pilihlah jalan dengan pilihan yang terbaik. jika sakit yang harus di tanggung, bersabarlah ! kelak bahagia akan tiba. jika berat untuk melaksanakan, ingatlah semua itu indah jika dilakukan semata-mata keranaNya. jika terluka, ingatlah janjiNya sebagai penawarnya. Ya Allah, kuatkanlah hati-hati ini menyesuri jalan yang Kau redhai.
Seerat simpulan yang tidak terbuka, seteguh langit tinggi menongkah dunia. kita mengharung badai atas nama insan bersaudara.
Sejauh mana kita berpisah, sesibuk apapun kita nanti, aku ingin kamu tahu wahai teman, bahawa meski langkah kita berbeza nantinya, waktu tidak akan memisahkan gelaran kita sebagai SAHABAT =)
Kemanisan iman disemai di dalam jiwa sesama insan yang bertemu dan berpisah kerana Allah, cinta dan benci kerana Allah, nasihat dan tegur kerana Allah, berukhwah kerana Allah. hatta tiap hubungan dan ikatan aqidah islamnya berdasarkan kepada Allah. indahnya ukhwah fillah kerana tautan hati yang tulus dihubungkan oleh Allah. itulah rahmat dan nikmat yang tidak ternilai kepada hamba-hamba pilihanNya dalam berukhwah
Bersyukur pada orang yang menyakitimu, kerana ia menabahkanmu. bersyukur pada yang tak endahkanmu, kerana dia memupuk kamu berdikari. bersyukur pada yang menjatuhkanmu, kerana dia orang yang memperhebatkan kemampuanmu. bersyukur pada orang yang menyeksamu, kerana dia menguji kesabaran dan ketabahan kamu..
Kesukaan itu ada pada kita untuk memperolehinya, kejayaan itu ada pada kita untuk menggapainya, kebahagiaan itu ada pada kita untuk kecapinya. kesemuanya ada pada kita, tapi kesemua itu milikNya. hanya Dia yang berhak menentukan samada ianya untuk kita atau tidak..
 "Setiap kamu terhadap kehidupan ini adalah seperti rumah tamu. Setiap hari kamu kunjungi pelbagai tamu dengan pelbagai karenah. Bukalah pintu untuk mereka dan layan sebaik yang kamu mampu. Andai kamu tutup pintu, kamu sangka diri makin selesa tetapi hakikatnya kamu semakin kehilangan segala-galanya" - Jalaluddin ar-Rumi
 Kesilapan-kesilapan yang lalu biarkan ia berlalu. Bak kata orang arab, wa maa faaata faat, wa man maata maat. Yang sudah lepas, biarkan ia berlalu, yang telah mati, biarkan ia mati. Mulakan sahaja hidup baru.
 Kita bukan hidup untuk hidup. Kita hidup untuk mati ! Dan kita mati untuk kehidupan yang kekal abadi.











semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

2 143 sahabat komen ♥ :

BYYLAA said...

assalamualaikum..firstly..trima kasih ats mutiara kata di atas..btw..sy nk taw tajuk lgu ni bleyh x???

Unknown said...

waalaikumussalam..

afwan ukhti..

boley =)
tajuknya sebelum terlena_hijjaz