======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

kaWan

KAWAN!!!Apa yang boleh kita katakan tentang perkataan KAWAN. Setiap orang tentu mempunyai kawan. Perwatakan macam manakah kawan korang. Caring ke dengan korang semua, cakna ke mereka terhadap korang, dan kalau korang moody adakah kawan yang memainkan peranan untuk menceriakan hati korang?? Ramai orang lebih selesa berkongsi@menceritakan masalah kepada kawan-kawan dorang berbanding dengan ibu bapa. Terumatam sekali pada peringkat umur remaja. Dalam fikiran dorang, dorang takut ingin menceritakan masalah kepada ibu bapa dengan alasan ibu bapa sukar untuk memahami pemikiran dorang. Terus terang aku cakap, akupun lebih kurang sama. Sama ada aku menceritakan kepada kawan baik aku atau aku hanya memendam. Okeylah, cuba korang renung sejenak, siapa yang melahirkan kita, bukankah ibu?? Tetapi kalau tiada bapapun kita tidak akan dapat hidup di muka bumi ini. Siapa pula yang mendidik kita menjadi seorang insan yang berguna, bukankah ibu bapa kita sendiri?? Jadi, mengapa kita memilih kawan sebagai orang utama yang mengetahui masalah kita. Tidak lain tidak bukan tentulah masalah itu mengenai "remaja". Kita berpendapat kawan lebih memahami pemikiran kita kerana dorang sama tahap pemikiran dengan kita. Tetapi, korang tidak terfikir ke?? Ibu bapa kitapun pernah melalui alam remaja. Bukannya keluarnya dari perut ibu, terus menjadi orang dewasa. Masing-masing ada akal fikiran, So, fikirlah bagaimana perasaan ibu bapa korang jika mereka tahu mereka bukan berada tempat yang teratas selepas Allah untuk perkongsian masalah anak-anak dorang. So, fikir-fikirkanlah, sama-samalah kita renungkan. Akal fikiran yang telah di anugerahkan oleh Alah hendaklah di gunakan sebaik mungkin; ke arah kebaikan dan ke jalan yang di redhai oleh Allah.
semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)