======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

20 sifat wajib & mustahil

 Wujud
Ertinya Allah itu ada.  Mustahil Allah itu tiada dan bukti Allah itu ada ialah adanya alam ini.  Tidak mungkin adanya sesuatu itu tanpa ada yang mengadakannya atau menjadikannya.

       Qidam
Ertinya Allah itu tidak ada permulaan bagiNya.  Mustahil Allah itu ada permulaan bagiNya, kerana kalau Allah itu ada permulaan maka samalah Ia dengan makhluk.  Jika sama dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan.

       Baqa
Ertinya Allah itu kekal selama-lamanya.  Mustahil Allah akan binasa kerana jika Ia binasa maka alam ini tidak akan sempurna dan akan sama turut binasa.  Allah kekal selama-lamanya kerana Ia tidak dijadikan tetapi Ia yang menjadikan sesuatu dan menyempurnakannya.

       Mukhalafatuhu Lil Hawadis 
Ertinya Allah tidak menyerupai dengan makhluk.  Mustahil Allah menyerupai makhluk kerana Ia yang menjadikan makhluk, antara yang menjadikan dengan yang kena jadi sudah pasti berlainan.

       Qiyamuhu Binafsih
Ertinya Allah tidak memerlukan kepada yang lainnya.  Mustahil Allah memerlukan kepada yang lainnya kerana jika Allah memerlukan kepada yang selainnya maka sudah tentu Ia lemah, tidak sempurna dan Ianya bukan Tuhan.

       Wahdaniyah
Ertinya Allah itu Maha Esa.  Mustahil Allah berbilang-bilang (banyak) kerana jika Ia berbilang sudah tentu akan terdapat perbezaan pendapat serta akan timbul pula perselisihan faham yang mengakibatkan kebinasaan alam ini.

       Qudrat
Ertinya Allah itu Maha Berkuasa.  Mustahil Allah itu lemah kerana jika Ia lemah maka sudah pasti alam ini tiada dan Ia bukan Tuhan.

       Iradat
Ertinya Allah menetapkan sesuatu mengikut kehendakNya.  Mustahil Allah dipaksa kerana jika dipaksa Ia adalah lemah dan Ianya bukan Tuhan.

       Ilmu
Ertinya Allah itu berpengetahuan.  Ia mengetahui keseluruhannya sama yang telah dijadikanNya atau yang bakal dijadikanNya.  Mustahil Allah itu tidak mengetahui atau bodoh kerana jika Ia bodoh sudah pasti Ia tidak dapat mengatur alam ini.  Kejadian alam yang sempurna ini membuktikan Allah itu berpengetahuan yang tiada tolok bandingannya.

       Hayat
Ertinya Allah itu bersifat dengan hidup.  Mustahil Allah itu mati, jika Ia mati nescaya akan rosak binasalah alam ini kerana itada yang hendak mengaturkannya.

      Sama’
Ertinya Allah mempunyai sifat mendengar.  Mustahil Allah itu pekak atau tuli kerana pekak adalah sifat kekurangan.  Maha suci Allah dari sifat kekurangan tersebut.

       Basar
Ertinya Allah bersifat melihat.  Mustahil Allah itu buta kerana buta itu sifat kekurangan.  Maha suci Allah dari sifat kekurangan.

       Kalam
Ertinya Allah itu bersifat dengan berkata-kata atau berfirman.  Mustahil Allah bisu kerana jia Ia bisu sudah pasti Ia tidak dapat memerintah dengan baik.  Bukti Allah bersifat dengan berkata-kata itu seperti mana firmanNya yang terkandung di dalam kitab al Quran.  Al Quran yang dibaca dan ditulis di atas mashaf itu adalah gambaran dari sifat Kalam yang Qadim yang berdiri atas zat yang Qadim iaitu zat Allah.

       Kaunuhu Qaadiran
Ertinya Allah itu sentiasa bersifat dalam keadaan berkuasa.  Mustahil Allah dalam keadaan lemah.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat kuasa maka Ia tetap dalam keadaan berkuasa dan tidak pernah berhenti walau sekejap.

       Kaunuhu Muriidan
Ertinya Allah itu bersifat sentiasa dalam keadaan menghendaki, mustahil Ia dalam keadaan dipaksa.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat kehendak maka Ia sentiasa dalam keadaan menghendaki.

      Kaunuhu ‘Aaliman
Ertinya Allah itu sentiasa dalam keadaan mengetahui, mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap sentiasa bersifat dalam keadaan berilmu.

       Kaunuhu Hayyan
Ertinya Allah itu bersifat tetap dalam keadaan hidup, mustahil Ia dalam keadaan mati.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat Hayat maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan hidup.

       Kaunuhu Samii’an
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan mendengar, mustahil ia dalam keadaan tuli.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat mendengar maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan mendengar.

   Kaunuhu Basiiran
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan melihat, mustahil Ia dalam keadaan buta.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat melihat maka ia sentiasa tetap dalam keadaan melihat.

       Kaunuhu Mutakalliman
Ertinya Allah itu sentiasa tetap bersifat dalam keadaan berkata-kata, mustahil Ia dalam keadaan bisu.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat berkata-kata maka Ia tetap dalam keadaan berfirman.
semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

bercouple...haram @ halal???

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan
terlintas di benak kita sepasang insan yang
sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling
mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang
kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan.
Lalu Kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah
cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap
orang memerlukan masa penyesuaian sebelum
pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia,
MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan
membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan
jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan
indah pada (pandangan) manusia kecintaan
kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita,
anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas,
perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan
sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia,
dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik
(Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai
dengan wanita kerana kebanyakan manusia
menginginkannya, juga kerana mereka merupakan
jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum
lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah
SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain
fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi,
Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka
ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan
dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang
beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash .a. berkata;
Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah
wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,
NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada
bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
(ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu
mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan
cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara
dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar
semuanya tetap berada pada landasan etika dan
norma yang sesuai dengan syariat.


SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka
tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram,
kerana beberapa sebab berikut:


1.Orang yang bercouple tidak mungkin
menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan
boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya
sering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan
mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling
menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu
hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh
dipastikan selalu membayangkan orang yang
dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah
lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup
untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi
kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya
tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah,
baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya
adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk
bersenang-senang dengan wanita asing (bukan
mahramnya) baik melalui ucapan, memandang,
atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW
bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan
dengan seorang wanita kecuali ada bersama-
sama mahramnya, dan janganlah seseorang
wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.
Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin
ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang
berkoresponden dengan seorang wanita yang
bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka
saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan,
kerana boleh menimbulkan syahwat di antara
keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan
berhubungan, yang mana koresponden semacam
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan
dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan
yang akan menjerumuskan seseorang pada
perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap
orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya
untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan
melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi
menjaga agama dan kehormatan dirinya.
Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau
ada seorang pemuda yang belum menikah
menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan
wanita asing (bukan mahram) dengan
pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,
seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik
melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman
ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan
suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang
berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32).
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah
keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila
selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar
keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya

Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di
siang hari. Namun begitu masih ada yang
berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang
sangat rapuh, antaranya:

Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu
haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple
mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam
itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah
ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh
menghindari khalwat, menyentuh serta menutup
aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari
dari saling memandang, atau saling
membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.
Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil
yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,
perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon
pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana
hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple,
kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum
menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau
terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor
calon isteri mahupun suami merupakan satu hal
yang diperlukan sebelum memasuki alam
pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian
hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk
menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh
cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik
dengan menutupi kekurangannya di hadapan
kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta
akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan
kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang
dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu
Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta
dan tuli.

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

nabi Adam menelan anak syaitan al khannas.. - tidak benar !!

apabila di rujuk pada tafsir-tafsir al-Quran dan hadis, memang tiada mengenainya...
di harapkan sesiapa yang telah mendengarkan 'cerita' ini, di perbetulkan semula..

.............................................................................................................................................................
Kisah Syaitan Khannas


Syaitan sememangnya tidak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam. Suatu hari si Ibu Syaitan ternampak anaknya yang bernama Khannas. Lalu di panggilnya “Khannaz…. mari sini ikut mak…” Lalu di pun pergi menuju ke rumah Nabi Adam dan Siti Hawa.


Ketika itu, Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi mencari nafkah. Maka tinggal lah Siti Hawa keseorangan di rumah. Tiba-tiba, pintu rumahnya di ketuk, lalu dibuka oleh Siti Hawa lalu dia bertanya “Siapa kamu..” Ibu Syaitan menjawab “Tolong jagakan anak saya… nanti saya akan datang untuk ambil dia balik” Siti Hawa yang mempunyai sifat keibuan dan tidak mengetahui apa-apa terus memberi pertolongan.


Apabila Nabi Adam pulang, baginda terperanjat dan bertanyakan Siti Hawa “Anak siapakah ini?” Lalu Siti Hawa menjawab “Tak tahulah, tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini.” Nabi Adam berfikir dan berkata “Ini tentu anak Syaitan yang mahu menganggu anak cucu kita…”


“Apa yang harus kita lakukan sekarang..?” tanya Siti Hawa pada Nabi Adam. Setelah agak lama berfikir, Nabi Adam menjawab “Kita potong-potong badannya sehingga kecil dan kita gantungkan daging-dagingnya di pokok luar rumah kita… Nanti apabila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahulah dia anak nya sudah tidak ada…”


Keesokkan pagi, Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Nabi Adam sudah keluar bekerja, “Mana anak aku…” Tanya Ibu syaitan pada Siti Hawa, Siti Hawa pun dengan terus terang memberitahu apa yang telah meraka berdua lakukan terhadap anak syaitan tersebut.


“Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan, lalu kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan daging-dagingnya di atas pokok di luar sana…” terang Siti Hawa.


“Oh… benarkah?” jawab Ibu Syaitan dengan selamba.
Kemudian Ibu Syaitan memanggil anaknya “Khannasss….!!!”
Tiba2 daging2 khannas yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khannas kembali…. Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Siti Hawa menjaga Khannas malah dia berpesan akan kembali lagi esok harinya. Apabila Nabi Adam pulang, baginda terkejut melihat anak Syaitan yang bernama Khannaz itu masih hidup dan bertanya pada Siti Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.


Hawa menerangkan apa yang berlaku. “Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita..” kata Nabi Adam.
“Apa harus kita lakukan…”tanya Siti Hawa.
“Beginilah..kita bakar anak Syaitan ini dan abu nya kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut, tentu Ibunya tidak akan mendapat anaknya ini lagi…” terang Nabi Adam.


Keesokan paginya datanglah Ibu Syaitan ini bertanyakan anaknya Khannas ketika Nabi Adam sudah keluar bekerja.


“Mana anak aku?” tanya Ibu Syaitan.
“Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke Laut!” jawab Siti Hawa.


“Oh benarkah? Kata Ibu Syaitan lalu sekali lagi memanggil anaknya “Khannas!!!”
Kemudian bercantumlah kembali daging Khannas dari abu, dan menjadi Khannas kembali dan kemudian diserahkan kembali pada Siti Hawa untuk menjaga Khannas.


Apabila Nabi Adam pulang, baginda mendapati anak Syaitan itu masih juga berada di rumah nya


“Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita” kata Nabi Adam.
“Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa.
“Begini sajalah… kita belah dua anak syaitan ini.. kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!” cadang Nabi Adam.


Keesokan hari, datanglah lagi si Ibu Syaitan bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam sudah keluar bekerja.
“Mana anak aku” tanya Ibu Syaitan.
“Kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..”jawab Siti Hawa dengan penuh yakin
“Kenapa?” tanya Ibu Syaitan.
“Anak kamu telah kami telan.!!” Jawab Siti Hawa dengan tegas
“Oh Benarkah? Lalu Ibu Syaitan memanggil anaknya… Khannas !!!
Tiba-tiba terdengarlah suara Khannas dari dalam badan Siti Hawa…
“Bagus anakku.. kamu duduk sana, jangan sesekali keluar…” Ibu Syaitan memberi arahan
Maka duduklah Khannas di dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hingga hari kiamat.


Syaitan Khannas ini tugasnya:-
- Bila kita makan dia pun makan, bila kita minum dia pun minum. Apa-apa sahaja aktiviti
kita buat dia akan menyertainya JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya KITA BERASA WAS-WAS, sebab itulah kadang-kadang bila tengah bersolat tu tiba-tiba sahaja tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Kadang-kadang bila buat kerja kita keliru dan ingat-ingat lupa “Eh! dah buat ke belum yer..?” ubatnya banyakkan dengan BERISTIGHFAR…
- Syaitan Khannas ini akan belari / bermain dalam darah kita…Ubatnya…banyakkanlah
Zikir…


Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khannas
ini. Pesan Rasulullah SAW, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BISMILLAH dan Doa, atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.
Khannas akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah. Dan mana yang sudah menjadi Suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Bacalah BISMILLAH dan doa-doa. Nanti Khannas dan syaitan-syaitan yang lain akan ikut serta. Lihatlah bagaimana Syaitan yang tak pernah putus asa mahu memperdayakan anak cucu Adam..


Dalam Surah An-Naas juga ada menceritakan hal Syaitan bernama Khannas yang sentiasa buat kita was-was. Apa-apa pun mulakan apa sahaja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.


Waullahu’alam….



.............................................................................................................................................................
 
nota pena : Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan ditanya mengenainya. Surah Isra':36...

UPDATE: MEMANG SAH! KISAH ITU HANYALAH REKAAN SAHAJA....

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)