======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

wasiat sebelum bergelar isteri

Dr. 'Aid bin Abdullah al-Qarni, dalam bukunya Jangan Bersedih Jadilah Wanita yang Paling Bahagia menukilkan sebuah wasiat yang paling baik. antara wasiat-wasiat yang diriwayatkan daripada wanita arab ialah wasiat Umamah binti al-Harith untuk puterinya Ummu Iyyas binti 'Auf pada malam majlis perkahwinannya.

Dalam wasiat tersebut terkandung :
"Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah memisahkan dirimu daripada lingkungan yang daripada engkau keluar. Engkau telah meninggalkan kehidupan tempat engkau membesar. Seandainya seorang perempuan tidak memerlukan seorang suami kerana kecukupannya daripada orang tuanya dan keperluan orang tua kepada anaknya, maka engkau wanita yang sangat tidak memerlukan suami. namun, wanita diciptakan untuk lelaki dan baginya lelaki tercipta"

Nasihat pertama dan kedua :

Berpuas hatilah kepada suami dengan apa ada padanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertakan ketaatan.

Nasihat ketiga dan keempat :

Sentiasalah engkau mempertahankan pandangan mata dan deria bau suami, jangan sampai matanya memandang daripadamu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium daripadamu melainkan bau yang harum.

Nasihat kelima dan keenam :

Sentiasalah engkau memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana kelaparan menyemarakkan rasa marah dan kekurangan tidur menyebabkan mudah berang.

Nasihat ketujuh dan kelapan :

Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. perkara yang terpenting berkaitan hartanya ialah engkau perlu mengaturnya dengan baik. Manakala berkaitan dengan anak-anaknya adalah memeliharanya dengan baik, kerana anak merupakan amanah Allah, maka peliharalah dan didiklah ia sebaik mungkin.

Nasihat kesembilan dan kesepuluh :

Janganlah sesekali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana apabila engkau melanggar perintahnya, engkau telah menyempitkan dadanya. Dan apabila engkau menyebarkan rahsia, maka engkau telah mengkhianati amanatnya. juga, janganlah sesekali engkau berdukacita di hadapannya ketika dia sedang bersedih. dan janganlah pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah yang muram ketika dia sedang gembira.

Warkah untuk Sang Bidadari

Wahai isteri yang sentiasa mencari ketenteraman hidup dan kebahagiaan yang berpanjangan. Ingatlah, sesungguhnya suaminu bukanlah Rasulullah saw dan akhlaknya juga tidak setara dengan akhlak Baginda. Lantas engkau juga bukanlah makhluk Allah yang paling dicintainya. sebagaimana Aisyah menjadi manusia paling dicintai Rasulullah saw pun disirami dengan api cemburu, maka berhati-hatilah dengan bahana api cemburu.

Berwaspadalah juga wahai sayap kiri untuk lelaki, jangan sesekali engkau memuji lelaki lain di hadapan suamimu atau engkau menceritakan perihal lelaki lain kepadanya. atau engkau mengagumi cara berpakaian lelaki lain, tutur bicaranya atau keperkasaannya. Sesungguhnya kaum lelaki terlalu membenci semua perkara itu. Mereka akan rasa tercabar dan tercalar kewibawaannya. Meskipun dia sendiri yang meminta berbuat demikian sehingga bersumpah tidak akan cemburu, ingatlah jangan sesekali engkau lakukannya kerana dia akan ingat sepanjang hayatnya.

Wahai isteri, ketahuilah sesungguhnya tersemat di kalbu lelaki agar tidak ada dalam dirimu yang lebih baik melainkan dirinya sahaja. Sesungguhnya, suamimu tidak akan mencari wanita lain di dunia ini. Dia telah berusaha mendapat dan memilikimu. Dia bekerja untukmu, hidup untukmu dan ingin hidup denganmu, bukan dengan orang lain. Maka, bertakwalah engkau kepada Allah dan berusahalah untuk sentiasa benar.

Percayalah kepada suamimu setelah engkau percaya kepada Allah yang dapat menjaga urusannya dan berilah apa yang diharapkan oleh suamimu.

Berpeganglah kepada hadis Nabi saw ini, maksudnya : "Allah tidak akan melihat ke arah wanita yang tidak berterima kasih kepada suaminya dan tidak pernah berasa cukup dripada suaminya."
(Riwayat al-Nasa'i dan al-Hakin)

Ciri-ciri Isteri Solehah

▬► Menjalankan perintah agama, cantik, berharta, baik keturunannya dan beriman.
▬► Membantu suami ke jalan kebaikan.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : " Ada empat jenis perkara, siapa yang diberikan kepadanya, maka dia memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat, iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, diri yang sabar dengan cabaran dan isteri solehah yang setia kepada suaminya dan hartanya. Hendaklah kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir dan isteri Mukminah yang menolongnya melalukan urusan akhirat." (Riwayat al-Baihaqi)
▬► Wanita penyanyang dan berketurunan.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Nikahilah wanita yang penyayang dan berketurunan (boleh melahirkan zuriat) sebab aku akan berbangga dengan kalian di hadapan para nabi pada hari kiamat kelak." (Riwayat Abu Daud)
Rasulullah saw menjelaskan wanita solehah ialah satu perkara yang membawa kebaikan dan hidup seorang lelaki, sementara wanita yang buruk (jahat) adalah salah satu daripada empat perkara yang mendatangkan penderitaan seperti yang disebutkan dalam hadis sahih yang bermaksud :
"Antara yang mendatangkan kebahagiaan itu ialah perempuan solehah yang apabila kamu melihatnya, maka akan membuatkan kamu hairan. Apabila kamu meninggalkannya, maka dia akan menjamin keamanan dirinya dan hartamu. Antara yang mendatangkan penderitaan ialah wanita yang jika kamu melihatnya akan bersikap buruk kepadamu dan melontarkan kata-kata kesat kepadamu, dan jika kamu meninggalkannya pergi, maka kamu tidak akan berasa aman pada dirinya dan hartamu." (Hadis ini dihasankan oleh Al-Albaniy.terdapat dalam At-Targhib Wat-Tarhib)



semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)