======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

SMS kejut Tahajjud ??

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته




Suatu hari, manusia D minta pendapat dari Manusia A, B, C tentang situasinya yang suka gilir-gilir dengan kawan bukan mahramnya kejutkan bangun tahajjud tiap malam. 


Manusia A: Tak boleh SMS kejut tahajjud pada yang bukan mahram. Persis khalwat. Tak baik. Tak elok. Rosak hati, zina hati. Niat tak menghalalkan cara.


Manusia B: Tak digalakkan SMS kejut tahajjud pada yang bukan pasangan. Kawan berlainan jantina, tak boleh. Kekasih kepada kekasih lagi tak boleh. Apa pun tak boley. Senang cerita, set alarm kat henpon tu. 


Manusia C: Kejut-kejut tahajjud sesama berlainan jantina ni patut diharamkan terus. Ni bukan dakwah, ni nak menggatal semata-mata. Mana ada kejut2 tahajjud sesama bukan jantina dalam Islam. Timbulkan fitnah je semua ni. Dua orang bukan mahram, yang ketiga adalah syaitooooonnn!!


Manusia D: Tapi..tapii...tapi..kitorang cuma nak jadi baik..nak saling memperingati..nak harapkan kawan2 sejantina or adik beradik SMS kejutkan memang dorang tak sudi la..Kawan2 sejantina ni cakap je dakwah2, tapi nak kejutkan member sendiri jangan harapla..roomate sendiri pun kekadang tak peduli..Tade plak nak bergayut. Nak kejut2kan je. Set alarm, tak bangun..tapi bila org miscall, SMS..bangun lak. Kenapa ye tak boleh lak..


Manusia A, B, C : "Alasan je semua tu. Kami sebulat suara kata, hentikan! Fustopppp!"


Minggu depannya, keluar di muka depan paper :


"Kami Keluar Islam Kerana Tak Boleh SMS Kejut Tahajjud."


Manusia A, B, C : "Bangang betul golongan manusia D ni! Nerako la mereka!"


-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-


Moral: Ekstrim dalam menasihati, mad'uw (yang didakwah) pasti jadi benci. Hati yang sedang terbuka akan terkunci kembali.


Kau fikirlah sendiri.


-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-


Hukum SMS bukan mahram oleh Ustaz Azhar Idrus ( Original ) :


1. SMS laki perempuan bukan mahram, hukumnya tak haram.
Yang haramnya adalah yang berkait dengan tu yakni apabila berkait dengan nafsu syahwat.


Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=Sdo7mTfe2rM


2. Ikhtilat muslimin muslimat melalui tepon sms. Sms ni sama macam surat.


- Surat: ada bait2 kata-kata yang memuji-memuja dsb: Hukumnya makruh.


- Apabila sampai tahap nafsu syahwat: Hukum menjadi haram.


Begitu juga SMS. kalau dulu surat, kita tak berkenan kita bakar. jika SMS, kalau kita tak suka kita boleh delete. 


3. Apa yang kita boleh berbual dengan orang perempuan di luar telefon, maka dalam SMS lebih ringan hukumnya sebab kita tak nampak, tak dengar suara. Hanya menghantar tulisan-tulisan berbentuk huruf menterjemahkan maksud hati. Jadi, kalau kita cakap dengan perempuan di luar benda-benda harus adalah tidak haram. 


Bila benda tu harus di luar, dalam SMS pun harus. Begitu juga kalau haram di luar, maka dalam SMS pun haram. 


Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=X49TXOoMvC8

creadit to : Syabab Musafir Kasih



semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

surat cinta untuk jiwa

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Surat ini ku tujukan untuk diriku
sendiri serta sahabat-sahabat
tercintaku yang insyaAllah tetap
mencintai Allah dan RasulNya di atas
segalanya, kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan
segalanya, cinta hakiki yang membuat
manusia melihat segalanya dari sudut
pandangan yang berbeza, lebih bermakna
dan indah.

Surat ini ku tujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain
dariNya, yang mudah sekali terlena
oleh indahnya dunia, yang terkadang
melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat
dan dipuji orang, entah di mana
keikhlasannya. Maka saat merasakan
kekecewaan dan kelelahan kerana
perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan
hasil. Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses.

Surat ini ku tujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh, merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk
menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini ku tujukan untuk ruh-ku dan
ruh sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu di
manakah kejujuran diletakkan? Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?

Surat ini ku tujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong, yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapanNya
selain ketakwaan. Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini ku tujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai mati, saat tiada getar ketika
asma Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika
maksiat dilakukan, dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri
dan orang lain.

Akhirnya surat ini ku tujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah di sekeliling, memberikan
keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya "
Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu "

Wallahualam bisshawab

Semoga dapat membangkitkan iman yang
sedang mati atau jalan di tempat,
berdiam diri tanpa ada sesuatu
amalanpun yang dapat dikerjakan.
Kembalikan semangat itu sahabat-
sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan
orang-orang beriman yang selalu
menemani di kala hati "lelah".

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

Umat Islam diiktiraf sebagai sebaik-baik umat

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Perkongsian oleh Ustaz Wan Ali Akbar.

Umat Islam diiktiraf sebagai sebaik-baik umat. Namun, Allah swt, apabila menyebut tentang pengiktirafan ini, meletakkan 3 syarat yang perlu dipenuhi, iaitu; menyuruh kepada kebaikan, mencegah kepada kemungkaran dan beriman kepada Allah.

Menyuruh kepada kebaikan adalah perkara yang susah. Namun, ia tidak sesusah mencegah kemungkaran. Kerana, untuk menyuruh kepada kebaikan, mad'u berada dimana-mana. Di keliling kita. Apabila seruan azan berkumandang, kita mengajak manusia lain disisi kita, samada di alam fizikal atau di alam maya, untuk menunaikan solat. Begitu juga dalam bab-bab yang lain seperti sedekah, buat baik kepada ibu bapa dan lain-lain.

Yang lebih susah, adalah mencegah kemungkaran. Kerana ianya susah, maka baginda saw bersabda, bahawa mencegah kemungkaran itu, ada 3 peringkat, iaitu; mencegah dengan tangan, lidah dan hati. Dan mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman. Dan yang mengakumkan kita, hatta mencegah dengan hati, dengan membenci perbuatan yang dibuat oleh pelaku, yang tidak menepati syarak, juga dikira sebagai mencegah kepada kemungkaran. Tidak mencegah orang lain, sebaliknya kebencian yang timbul itu, mencegah diri sendiri daripada melakukan perbuatan yang sama itu.

Mencegah kemungkaran, perlu kepada seseorang untuk melihat kepada sesuatu yang mungkar terlebih dahulu. Tidak dinamakan mencegah kemungkaran, jika seseorang itu berceramah di masjid, di majlis-majlis ilmu dan di tempat-tempat yang baik. Sebaliknya, ia dinamakan menyuruh kepada kebaikan. Namun, maksud mencegah kemungkaran itu tidak tercapai dalam konteks yang segera.

Atas dasar ini, maka Ikhwan al-Muslimin, di bawah pimpinan Hasan al-Banna, satu ketika dulu, mengambil inisiatif untuk tidak sekadar menyuruh kepada kebaikan, di tempat-tempat yang baik, sebaliknya memasuki premis-premis maksiat, seperti disko, pub, kelab malam dan sebagainya, untuk mencegah kepada kemungkaran.

Pada hari ini, dakwah seperti ini lah yang perlu sebahagian daripada kita lakukan. Bukan sekadar mendekati orang yang ingin berubah, namun juga orang yang mungkin akan berubah. Menggunakan orang yang pandai bermain gitar seperti Sham, untuk mendekati orang-orang yang suka bermain gitar kepada Islam. Menggunakan orang yang pandai mengarah filem seperti Bob Lukman untuk memandu mereka yang seangkatan dengannya untuk turut mendekati Islam. Dan sebagainya.

Islam tidak mementingkan hasil. Yang Islam pentingkan adalah usaha !! Mungkin tidak ramai yang berubah. Namun, saya yakin, dengan izin Allah, akan ada yang akan berubah. Moga usaha kita mendapat keberkatan daripada Allah swt. Wallahu'alam.



semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

Gejala 'ikhtilath' merosakkan umat

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Pada hari ini gejala ikhtilath (bercampur-gaul) di antara lelaki dengan perempuan berlaku dengan meluas sekali. Seolah-olah seperti tiada siapa yang menyedari perkara tersebut termasuk suatu yang terlarang di sisi agama. Disebabkan hilangnya kesedaran itu jugalah, maka ia menjadi salah satu faktor yang mendedahkan kaum wanita kepada pelbagai bentuk ancaman keselamatan dan maruah.


Allah s.w.t berfirman (maksudnya): “…hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah terdahulu.” (Surah al-Ahzab, 33:33)


Walaupun ayat ini zahir asalnya untuk isteri-isteri nabi, tetapi sebenarnya ia turut mencakup seluruh kaum wanita beriman secara umum. Kerana wanita beriman itu mengikuti isteri-isteri Nabi dan menyelisihi perilaku kaum wanita jahiliyyah. Hal ini antaranya sebagaimana dijelaskan dalam Tafsir al-Qurthubi dan Tafsir Ibnu Katsir.
Juga firmanNya: “Maka wanita yang soleh adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada dengan apa yang Allah telah pelihara mereka.” (Surah an-Nisaa’, 4: 34)


Nabi s.a.w juga pernah bersabda: “Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan kata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (keinginan), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu.” (H.R. Muslim, 13/125, no. 4802)


Hadith ini menunjukkan bahawa perbuatan di antara lelaki dan wanita yang saling memandang, saling berbual tanpa keperluan syar’i, bersentuhan atau bersalaman, serta apa yang disebutkan melalui hadith ini tentang zina adalah terlarang dan perlu dielakkan.


Jika kita teliti betul-betul, nescaya kita akan temui catatan-catatan yang sahih berkaitan wanita-wanita yang terdiri dari kalangan para sahabiyah di zaman Nabi. Yang mana mereka ini sifatnya amat pemalu. Mereka berusaha mengelak dari menjadi tatapan kaum lelaki dengan tetap mendiami rumah-rumah mereka. Jika mereka keluar pun, mereka akan keluar atas alasan yang syar’i dalam keadaan yang terjaga serta ditemani oleh mahram mereka.


Di antara sebab wanita dibenarkan keluar adalah seperti untuk solat berjama’ah, menuntut ilmu agama, dan beberapa yang lainnya yang diperlukan selagi mana berada dalam keadaan aman dari fitnah, mendapat izin dari wali atau suami, dan setelah hak-hak suami dan anak-anak ditunaikan dengan sempurna. Jika mereka keluar, diwajibkan pula untuk mendapat pengawasan atau ditemani oleh mahram, bebas dari ikhtilath, dan berpakaian dengan pakaian yang syar’i (menutup aurat).


Walaupun wanita dibenarkan untuk solat berjama’ah di masjid bersama dengan yang lainnya, Rasulullah s.a.w tetap menegaskan bahawa solat terbaik bagi kaum wanita adalah di rumah mereka masing-masing. Untuk ke masjid pula, Rasulullah s.a.w menyediakan pintu khas untuk para wanita bagi mengelakkan percampuran dengan kaum lelaki. Dalam solat, Islam mengasingkan pula saf wanita di belakang dan lelaki di hadapan.


Nabi s.a.w bersabda: “Sebaik-baik saf lelaki adalah yang paling hadapan dan yang paling buruk adalah yang paling belakang. Dan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang, yang terburuk bagi mereka adalah yang paling depan.” (H.R. Muslim, 2/435, no. 664)


Manakala ketika tamat sahaja solat (sebaik salam diucapkan), kaum wanita perlu segera beredar. Manakala kaum lelaki, mereka beranjak setelah para wanita selesai keluar terlebih dahulu.


Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Ummu Salamah r.ha (salah seorang isteri Nabi s.a.w). Beliau berkata:


“Bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w, kaum wanita segera bergerak keluar (beredar) apabila mereka telah mengucapkan salam pada solat fardhu. Sementara itu, Rasulullah s.a.w dan kaum lelaki yang solat bersama-sama beliau tetap berada di tempat mereka bersesuaian dengan apa yang dikehendaki Allah. Apabila Rasulullah s.a.w bangun, maka mereka pun ikut bangun.” (H.R. Bukhari)


Bagi majlis-majlis ilmu pula, Rasulullah s.a.w mengasingkan (memisahkan) di antara lelaki dengan wanita. Abu Sa’id al-Khudri r.hu menceritakan:


Ada seorang wanita datang menemui Rasulullah lalu berkata, “Wahai Rasulullah, kaum lelaki telah pergi dengan membawa hadith-hadith daripada engkau. Maka luangkanlah satu hari untuk kami (kaum wanita) supaya kami dapat menemui engkau pada hari tersebut dan engkau mengajarkan kepada kami apa-apa yang telah diajarkan Allah kepada engkau.”

Rasulullah s.a.w pun menjawab: “Berkumpullah kamu pada hari ini dan ini, di tempat ini dan ini.” Setelah itu, para wanita pun berkumpul di tempat yang dijanjikan tersebut, maka Rasulullah s.a.w menemui mereka dan mengajar mereka perkara-perkara yang telah diajarkan oleh Allah s.w.t kepadanya. (H.R. Bukhari, 22/284, no. 6766)

Namun agak sedih hari ini, fitnah ikhtilath amat berleluasa bukan sahaja di pasar-pasar, di jalan-jalan, di pusat-pusat membeli-belah, di tempat-tempat kerja, atau di majlis-majlis walimah, tetapi juga telah sampai sehingga ke masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian umat Islam. ‘Aisyah r.ha (Ummul mukmin) sendiri pernah mengutarakan sesuatu apabila beberapa bentuk fitnah dari kalangan wanita mula berlaku. Beliau mengatakan:


“Sekiranya Rasulullah s.a.w melihat apa yang dilakukan oleh para wanita pada masa sekarang ini, nescaya baginda akan melarang mereka dari pergi ke masjid sebagaimana kaum wanita Bani Israel dilarang ke masjid.” (H.R. Bukhari, 3/378)


Dalam sebuah hadith yang lain, daripada Hamzah B. Abu Usaid al-Anshari rah daripada bapanya, bahawasanya ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w berbicara ketika berada di luar masjid sehinggalah berlaku percampuran lelaki dan wanita di tengah jalan. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda kepada kaum wanita:


“Hendaklah kamu melambatkan dalam berjalan (supaya berjalan di belakang), kerana kamu tidak berhak untuk memenuhi tengah-tengah jalan. Dan hendaklah kamu berjalan di tepi jalan, sehingga ada seorang wanita yang serta-merta berjalan merapat ke dinding, hingga bajunya tersangkut pada dinding disebabkan terlalu rapat dengan dinding.” (H.R. Abu Daud,)


Bayangkanlah,wanita dizaman Nabi dan para sahabat pun mereka tetap bersembunyi dan mengelakkan diri dari khalayak kaum lelaki. Yang mana pada masa tersebut kita ketahui orang-orang yang teguh beriman amat ramai serta mendominasi pula masyarakat pada ketika itu.


Berbeza dengan zaman ini, lelaki yang tegar beriman semakin kurang. Yang beriman tetapi lemah pun ramai. Lelaki-lelaki fasiq dan suka mengambil kesempatan pula yang banyak berkeliaran. Yang kafir juga tidak kurang ramainya.


Maka, sepatutnya kaum wanita beriman pada hari ini wajib lebih berhati-hati dan perlu memiliki rasa malu yang tinggi dari menjadi tatapan lelaki-lelaki asing di luar. Apatah lagi khabar-khabar fitnah dan jenayah yang mengaitkan wanita dalam masyarakat hari ini begitu banyak sekali.


Semoga kita semua tidak menjadi fitnah di antara satu sama lain sebagaimana dikhabarkan Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:


“Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalanku yang lebih bahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita.” (H.R. Bukhari dan Muslim –Muttafaq ‘alaih)


Saidina ‘Ali r.hu pernah berkata kepada isterinya, (iaitu) Fathimah r.ha: “Wahai Fathimah, apa yang terbaik untuk seseorang wanita?” Fathimah menjawab: “Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya.” ‘Ali berkata lagi: “Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta mereka (para lelaki) pun melihat mereka pula.” (adz-Dzahabi, al-Kaba’ir,m/s.171-172)


Jadilah wanita muslim yang beriman. Wanita beriman itu bukan wanita murahan. Kerana wanita beriman itu amat mahal lagi berharga. Yang harganya tidak ternilai sedikit pun dengan helaian wang ringgit. Melainkan dengan apa yang telah dinilai dan ditetapkan oleh Allah s.w.t bagi diri-diri mereka. Mereka menerima, bersyukur, dan redha dengannya. Ganjaran buat mereka adalah Syurga Allah yang luas terbentang.


Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seorang wanita telah mendirikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya (atau kemaluannya), serta mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, “Masuklah engkau ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang engkau mahu.” (H.R. Ahmad, 3/199, no. 1661. Ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, 5/34, no. 4598. 8/339, no. 8805. Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, 9/471, no. 4163. Hadith hasan lighairihi)

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)