======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

Umat Islam diiktiraf sebagai sebaik-baik umat

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Perkongsian oleh Ustaz Wan Ali Akbar.

Umat Islam diiktiraf sebagai sebaik-baik umat. Namun, Allah swt, apabila menyebut tentang pengiktirafan ini, meletakkan 3 syarat yang perlu dipenuhi, iaitu; menyuruh kepada kebaikan, mencegah kepada kemungkaran dan beriman kepada Allah.

Menyuruh kepada kebaikan adalah perkara yang susah. Namun, ia tidak sesusah mencegah kemungkaran. Kerana, untuk menyuruh kepada kebaikan, mad'u berada dimana-mana. Di keliling kita. Apabila seruan azan berkumandang, kita mengajak manusia lain disisi kita, samada di alam fizikal atau di alam maya, untuk menunaikan solat. Begitu juga dalam bab-bab yang lain seperti sedekah, buat baik kepada ibu bapa dan lain-lain.

Yang lebih susah, adalah mencegah kemungkaran. Kerana ianya susah, maka baginda saw bersabda, bahawa mencegah kemungkaran itu, ada 3 peringkat, iaitu; mencegah dengan tangan, lidah dan hati. Dan mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman. Dan yang mengakumkan kita, hatta mencegah dengan hati, dengan membenci perbuatan yang dibuat oleh pelaku, yang tidak menepati syarak, juga dikira sebagai mencegah kepada kemungkaran. Tidak mencegah orang lain, sebaliknya kebencian yang timbul itu, mencegah diri sendiri daripada melakukan perbuatan yang sama itu.

Mencegah kemungkaran, perlu kepada seseorang untuk melihat kepada sesuatu yang mungkar terlebih dahulu. Tidak dinamakan mencegah kemungkaran, jika seseorang itu berceramah di masjid, di majlis-majlis ilmu dan di tempat-tempat yang baik. Sebaliknya, ia dinamakan menyuruh kepada kebaikan. Namun, maksud mencegah kemungkaran itu tidak tercapai dalam konteks yang segera.

Atas dasar ini, maka Ikhwan al-Muslimin, di bawah pimpinan Hasan al-Banna, satu ketika dulu, mengambil inisiatif untuk tidak sekadar menyuruh kepada kebaikan, di tempat-tempat yang baik, sebaliknya memasuki premis-premis maksiat, seperti disko, pub, kelab malam dan sebagainya, untuk mencegah kepada kemungkaran.

Pada hari ini, dakwah seperti ini lah yang perlu sebahagian daripada kita lakukan. Bukan sekadar mendekati orang yang ingin berubah, namun juga orang yang mungkin akan berubah. Menggunakan orang yang pandai bermain gitar seperti Sham, untuk mendekati orang-orang yang suka bermain gitar kepada Islam. Menggunakan orang yang pandai mengarah filem seperti Bob Lukman untuk memandu mereka yang seangkatan dengannya untuk turut mendekati Islam. Dan sebagainya.

Islam tidak mementingkan hasil. Yang Islam pentingkan adalah usaha !! Mungkin tidak ramai yang berubah. Namun, saya yakin, dengan izin Allah, akan ada yang akan berubah. Moga usaha kita mendapat keberkatan daripada Allah swt. Wallahu'alam.



semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

2 143 sahabat komen ♥ :

Tyntha Lana said...

Assalammualaikum Mujahidah Solehah :)

Perkongsian yang baik, terima kasih..

mujahidah solehah said...

waalaikumussalam ukhti

syukran ^^