======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

7 perangkap iblis laknatullah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Dalam mencapai kecintaan tidak berbelah bahagi kepada ALLAH SWT, adalah menjadi kewajiban kepada setiap jiwa yang mengaku Muslim dan beriman kepada ALLAH SWT dan Rasulnya untuk memperdalamkan ilmu dengan segala daya tenaga.

Di dalam perjalanan untuk mencari ilmu yang asrar yakni tinggi tahap fahamnya serta pelbagai kemuliaan yang khatir, maka bersedialah dalam mengorbankan tenaga serta memerah usaha kepada guru-guru yang mursyid dalam memahami tingkatan tipuan syaitan.

Pelbagai daya syaitan dan iblis dalam meminggirkan usaha mukmin daripada ibadah kepada ALLAH SWT :--



1¸¸.•¨• Syaitan dengan berterusan melarang manusia daripada taat kepada ALLAH.

•► Sedangkan kepada orang-orang yang sentiasa patuh kepada ALLAH SWT pasti menolak ajakan syaitan dengan berkata

“aku mengharapkan pahala daripada ALLAH SWT. Untuk itu, hanya bekalan di dunia ini mampu membawaku kepada akhirat yang kekal”.



☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻

2¸¸.•¨•¸ Dalam ibadat juga syaitan akan memujuk manusia meninggalkan taat kepada ALLAH SWT. Kata syaitan laknatullah ;  
“lakukan ibadatmu di waktu tua, masa masih muda”.

•► Bagi hamba ALLAH SWT yang terpelihara pasti menyatakan ;

“Kematianku bukan terletak ditanganmu wahai syaitan dan iblis laknatullah. Sekiranya aku menundakan beramal pada hari ini untuk hari esokku, dapatkah aku beramal pada masa yang akan datang? Sedangkan mati itu sahaja tidak tahu bila bakal menjemputku. Apakah yang akan ku jawab didepan Tuhanku?”


☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻

3¸¸.•¨• Sifat tergesa-gesa adalah sifat syaitan. 

Maka syaitan akan mengesa manusia mempercepatkan amalan. Contohnya solat tanpa tomakninah, bagaikan ayam yang mematum-matuk makanan. Syaitan laknatullah akan mengatakan ;

“cepatlah engkau beramal, perihal dunia yang lebih penting menantimu”

•► Manakala, bagi orang-orang yang selamat amalnya, pasti berkata ;

“Amal yang baik tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna”




☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺

4¸¸.•¨• Kemudian, syaitan laknatullah akan meneruskan usahanya dengan tahapan lebih tinggi dengan menyuruh orang-orang yang soleh dan mukhlish beramal agar melaksanakan amal ibadat dengan sempurna agar tidak dicela orang lain.

•► Kepada orang-orang yang ikhlas amalnya pasti berkata ;

“Cukuplah hanya ALLAH SWT sebagai penilai kepada segala amalanku, bukan kerana manusia aku ini beramal”




☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻

5¸¸.•¨• Tusukan hasutan syaitan diteruskan dengan membisikan pujian kepada orang yang beramal ;

“hebat dan tersusun ibadatmu hingga engkau kelihatan mempunyai darjat yang tertinggi berbanding orang lain”

•► Apabila mendengar lintasan itu, orang-orang soleh yang celik kehambaannya kepada ALLAH SWT akan berkata ;

"segala keagungan dan pujian itu adalah dikembalikan kepada pemiliknya iaitu Allah sSWT Yang Maha Jamil lagi Kamil. Bukanlah kekuatan itu miliku. Allah SWT adalah pemberi redha Nya hingga aku beramal sebagaimana diredhai Nya. Tanpa kurnia Nya Yang Esa, apalah yang dapatku harapkan daripada amalku yang tidak setanding dengan banyaknya dosaku."


☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻

6¸¸.•¨• Apabila mengetahui kegagalan usaha syaitan laknatullah, diteruskannya pula menghasut sesat manusia dengan cara yang lebih hebat. Caranya dengan membisikkan kepada manusia ;

“bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sirr, jangan sampai diketahui amalmu itu oleh orang. Sesungguhnya hanya Allah akan mengkhabarkan kebaikan serta keikhlasanmu kepada orang lain”

•► Melihatkannya, menampakkan kebaikkan yang dilakukan pasti mendapat tempat di sisi ALLAH SWT Yang Maha Mulia. Namun, kepada Ahlul Haq pasti menyedari itu adalah usaha syaitan laknatullah meletakkan penyakit riya di hati.

Berkatalah Ahlul Haq dengan kebesaran ALLAH SWT ; 

“hai syaitan laknatullah, tiada guna segala usahamu menyesatkan ku. Engkau berpura-pura memperbaiki amalanku, sedangkan engkau menginginkan kerosakan amalku. Aku adalah hamba Allah SWT, aku tertakluk kepada kekuasaan Nya. Jika Dia berkehendak, Allah akan melahirkan atau menyembunyikan amalanku. Dia lah yang akan menentukan duduk letak mulia atau hina amalanku. Tiadalah kekhuatiran kepadaku andai amalanku dinampakkan atau tidak di kalangan manusia, kerana itu bukan urusan makhluk setarafku”

☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻

7¸¸.•¨• Seterusnya, syaitan laknatullah dengan segala usaha akan mengoda manusia dengan membisikkan ; 

“hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadah. Sekiranya Allah telah menetapkanmu sebagai orang yang berbahagia pada hari ‘azali kelak, maka meninggalkan ibadah tidak akan memudaratkan dirimu. Dan jika Allah menetapkan dirimu sebagai orang yang celaka, tiada gunanya engkau beribadah, kerana engkau akan tetap celaka ”



••►Ketika inilah lahirnya golongan jabariah, qadariyyah (perbuatan mereka bukan daripada Allah, tetapi terhasil daripada diri sendiri), bahkan mujjassimmah dengan meletakkan ketentuan berdasarkan akal. Pada rupa luarnya seakan berlainan, namun jauh tersimpang dari manhaj Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Berhati-hatilah kalian dalam menghadapi tipu daya syaitan laknatullah.◄•





semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)