======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

oohh fesbuukk.. ohh twitterrr.. alahai hati.. =,=


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

di sebalik kegembiraan, ada kesedihan yang di tanggung seorang diri =)

ok.. nie hanye nak tulis kosong .. bkn cakap kosong k.. cz sya xcakap..cume menulis ok..

asal fesbukk..?? asal twitter...??

alahaii hati.. ape nak jadi nieee....

sya da deactive fesbuk sya buad selama lama nyee...

da tanam fesbuk sya...

alahai hati... sedih nyee =( sabor jelaa

banyak kenangan kt fesbuk 2...

tiap kali bukak fesbukk.. mestii tgk profile sesorng nie..

mule laa air mata xberharga nie tersembur kuor...

walopon da deactive ..xlama tu reactive balek..

terpaksa td mintak besfen tukaq paswed fesbuk n deactive kn balek n jangan kasi tawu paswed y dy tukaq tu

alahai hati... kenapa bersedih??

asek sal fesbuk je.. kenapa dgn twitter??

haha..adoyai.. tetibe lak gelak..

bukan hape.. lepas solat isya' tadi, tetibe lak gatal nk buad account tweet2 nie.. ecececece

tapi en... alahaaaii...

xsampai setegah jam bersaman 30 menit..

da deactive account tweet tweet tu

ahaha.. bagos3...

xmo daa terjebak ngan laman sosial cmtu...

serikkk.. seriikkk..

fesbuk ka.. twitter ka...

tp blog nie sy still akan menyayangi nyee... kih3

alahai hati jangan laa bersedih..

la tahzan innallaha ma'ana...


sebuah pengalaman cukup mengajar kita bahawa siapa kita dan siapa Allah yg hakiki. 
cukup memberi kesan di hati.. ucapan " aku tak mampu !! " biasa terkeluar dari hati.. 
rintihlah pada Illahi.. kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya.. 
andai tidak di timpa ujian ini, adakah kita akan mengingati Allah?? 
tanyalah iman, kerana dia bisa memberi jawapan yang paling jujur.. 
tidak Allah tampakan ujian melainkan kita mampu menghadapinya.. 
dan tidak Allah mencabut sesuatu melainkan menggantikannya dengan yang lebih baik 
nantikan hikmahnya, pasti dirimu tersenyum penuh keredhaan.. 
moga dikurniakan yang terbaik dalam hidup mu.. ameen Ya Rabb

Allah turunkan hujan untuk beri pelangi yang indah..
tika hujan itu pergi, baru terasa rindu membasahi diri =)
di setiap badai, terpalit kemanisan di penghujungnya
pujuk diri dengan tarbiyahNya ^______^ 


semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

alert !! peringatan untuk muslimah-muslimah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



satu peringatan sebenarnya untuk muslimah-muslimah semua

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook, belog or twitter n so on laa.. hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan 

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu

tetapi..

sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat


tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu


moga Allah redha dengan perkongsian ini

ameen~

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

7 perangkap iblis laknatullah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Dalam mencapai kecintaan tidak berbelah bahagi kepada ALLAH SWT, adalah menjadi kewajiban kepada setiap jiwa yang mengaku Muslim dan beriman kepada ALLAH SWT dan Rasulnya untuk memperdalamkan ilmu dengan segala daya tenaga.

Di dalam perjalanan untuk mencari ilmu yang asrar yakni tinggi tahap fahamnya serta pelbagai kemuliaan yang khatir, maka bersedialah dalam mengorbankan tenaga serta memerah usaha kepada guru-guru yang mursyid dalam memahami tingkatan tipuan syaitan.

Pelbagai daya syaitan dan iblis dalam meminggirkan usaha mukmin daripada ibadah kepada ALLAH SWT :--



1¸¸.•¨•♥ Syaitan dengan berterusan melarang manusia daripada taat kepada ALLAH.

•► Sedangkan kepada orang-orang yang sentiasa patuh kepada ALLAH SWT pasti menolak ajakan syaitan dengan berkata

“aku mengharapkan pahala daripada ALLAH SWT. Untuk itu, hanya bekalan di dunia ini mampu membawaku kepada akhirat yang kekal”.



☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻

2¸¸.•¨•♥¸ Dalam ibadat juga syaitan akan memujuk manusia meninggalkan taat kepada ALLAH SWT. Kata syaitan laknatullah ;  
“lakukan ibadatmu di waktu tua, masa masih muda”.

•► Bagi hamba ALLAH SWT yang terpelihara pasti menyatakan ;

“Kematianku bukan terletak ditanganmu wahai syaitan dan iblis laknatullah. Sekiranya aku menundakan beramal pada hari ini untuk hari esokku, dapatkah aku beramal pada masa yang akan datang? Sedangkan mati itu sahaja tidak tahu bila bakal menjemputku. Apakah yang akan ku jawab didepan Tuhanku?”


☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻

3¸¸.•¨•♥ Sifat tergesa-gesa adalah sifat syaitan. 

Maka syaitan akan mengesa manusia mempercepatkan amalan. Contohnya solat tanpa tomakninah, bagaikan ayam yang mematum-matuk makanan. Syaitan laknatullah akan mengatakan ;

“cepatlah engkau beramal, perihal dunia yang lebih penting menantimu”

•► Manakala, bagi orang-orang yang selamat amalnya, pasti berkata ;

“Amal yang baik tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna”




☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺

4¸¸.•¨•♥ Kemudian, syaitan laknatullah akan meneruskan usahanya dengan tahapan lebih tinggi dengan menyuruh orang-orang yang soleh dan mukhlish beramal agar melaksanakan amal ibadat dengan sempurna agar tidak dicela orang lain.

•► Kepada orang-orang yang ikhlas amalnya pasti berkata ;

“Cukuplah hanya ALLAH SWT sebagai penilai kepada segala amalanku, bukan kerana manusia aku ini beramal”




☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻

5¸¸.•¨•♥ Tusukan hasutan syaitan diteruskan dengan membisikan pujian kepada orang yang beramal ;

“hebat dan tersusun ibadatmu hingga engkau kelihatan mempunyai darjat yang tertinggi berbanding orang lain”

•► Apabila mendengar lintasan itu, orang-orang soleh yang celik kehambaannya kepada ALLAH SWT akan berkata ;

"segala keagungan dan pujian itu adalah dikembalikan kepada pemiliknya iaitu Allah sSWT Yang Maha Jamil lagi Kamil. Bukanlah kekuatan itu miliku. Allah SWT adalah pemberi redha Nya hingga aku beramal sebagaimana diredhai Nya. Tanpa kurnia Nya Yang Esa, apalah yang dapatku harapkan daripada amalku yang tidak setanding dengan banyaknya dosaku."


☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻

6¸¸.•¨•♥ Apabila mengetahui kegagalan usaha syaitan laknatullah, diteruskannya pula menghasut sesat manusia dengan cara yang lebih hebat. Caranya dengan membisikkan kepada manusia ;

“bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sirr, jangan sampai diketahui amalmu itu oleh orang. Sesungguhnya hanya Allah akan mengkhabarkan kebaikan serta keikhlasanmu kepada orang lain”

•► Melihatkannya, menampakkan kebaikkan yang dilakukan pasti mendapat tempat di sisi ALLAH SWT Yang Maha Mulia. Namun, kepada Ahlul Haq pasti menyedari itu adalah usaha syaitan laknatullah meletakkan penyakit riya di hati.

Berkatalah Ahlul Haq dengan kebesaran ALLAH SWT ; 

“hai syaitan laknatullah, tiada guna segala usahamu menyesatkan ku. Engkau berpura-pura memperbaiki amalanku, sedangkan engkau menginginkan kerosakan amalku. Aku adalah hamba Allah SWT, aku tertakluk kepada kekuasaan Nya. Jika Dia berkehendak, Allah akan melahirkan atau menyembunyikan amalanku. Dia lah yang akan menentukan duduk letak mulia atau hina amalanku. Tiadalah kekhuatiran kepadaku andai amalanku dinampakkan atau tidak di kalangan manusia, kerana itu bukan urusan makhluk setarafku”

☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻

7¸¸.•¨•♥ Seterusnya, syaitan laknatullah dengan segala usaha akan mengoda manusia dengan membisikkan ; 

“hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadah. Sekiranya Allah telah menetapkanmu sebagai orang yang berbahagia pada hari ‘azali kelak, maka meninggalkan ibadah tidak akan memudaratkan dirimu. Dan jika Allah menetapkan dirimu sebagai orang yang celaka, tiada gunanya engkau beribadah, kerana engkau akan tetap celaka ”



••►Ketika inilah lahirnya golongan jabariah, qadariyyah (perbuatan mereka bukan daripada Allah, tetapi terhasil daripada diri sendiri), bahkan mujjassimmah dengan meletakkan ketentuan berdasarkan akal. Pada rupa luarnya seakan berlainan, namun jauh tersimpang dari manhaj Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Berhati-hatilah kalian dalam menghadapi tipu daya syaitan laknatullah.◄••





semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

kita bercinta di Syurga ya !

 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Berkali-kali dia menekan butang 'play' di radio hadapan. Mahu mendengar lagu daripada kumpulan kegemarannya, FarEast. Suasana di luar amat gelap. Sesekali kelihatan pancaran kilat beserta guruh. Sama-sama memeriahkan suasana malam di lebuhraya. Hujan sejak awal perjalanan tadi masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti mengalah. Hanya beberapa minit sebentar tadi hujan turun renyai-renyai.

Pemanduannya ditumpukan sepenuhnya di jalan yang sedang dilalui. Tahap keselamatan diletakkan pada tahap tertinggi di saat-saat begitu. Manakan tidak. Kiri kanan jalan, dipenuhi dengan kenderaan berat. Masing-masing memecut laju untuk ke destinasi yang dituju. Khuatir jika matanya berasa letih, sejak awal lagi dia sudah minum secawan kopi panas di hentian rehat setengah jam yang lalu. CD yang dimasukkan tadi, mungkin dapat membantu pemfokusannya berada pada tahap yang meyakinkan.

"Abang nak dengar lagu ape?"

Satu suara tiba-tiba memecah kesunyian perut kereta yang sedang meluncur laju.

"Sayang cuba tekan nombor 3.. dah lama abang tak dengar.. sedap lagu tu.." Balas Amin kepada isteri tercinta, Izyani. Dengan nada yang lembut, tetapi masih jelas didengari.

"Tajuk pe lagu tu?"

"Err.. Ade la.. Hehe.."

"Hek eh.. Nak rahsia-rahsia plak.."

"Suprise-surprise.. Lagu ni abang tujukan khas buat bidadari tercinta abang ni.."  Ujar Amin bersahaja. Tangannya membelai manja pipi Izyani. Terasa kebahagiaan di situ.

"Romantiknye abang ni.."

"Mesti la.. untuk bidadari abang sorang ni je.."

Seketika kemudian, kedengaran lagu dimainkan. Izyani senyum, seraya memandang wajah suami di kerusi pemandu. Mendalam sekali setiap bait-bait lirik yang dilagukan.

Mekar di taman hati..
Cinta pertama..
Engkau ciptaan seni idaman kasih..
Antara bibir tersiratnya pekerti..
Kelembutan yang mendamaikan jiwa..

"Oo.. lagu ni rupenye.." Izyani sempat menyimpul satu senyuman manja buat sang suami di sebelah.

"Sayang suka lagu ni?" Soal Amin.

"Yup.. suka sangat-sangat.. dulu-dulu kat asrama, memang selalu sangat dengar lagu ni.. Masa remaja kan.. Dulu ada kawan-kawan yang sampai tunggu-tunggu kat radio untuk dengar lagu ni.."

"Sayang tak tunggu kat radio?"

"Hehe.. ada la gak nak wat camtu.. tapi tak sempat.."

"'First time' abang dengar lagu ni, abang akan fikir sorang-sorang.. sapa la calon isteri abang nanti.. sebab cinta yang Allah anugerah kat abang, abang nak kongsi dengan isteri abang ja.. dan abang selalu berdoa, untuk Allah anugerahkan kat abang, seorang yang solehah untuk sama-sama berkongsi cinta daripada Allah ni.. dan sekarang ni, Allah dah makbulkan doa abang.." Bicara Amin panjang lebar.

Izyani di sebelah menarik nafas panjang. Lalu dihembuskan perlahan. Ada rasa terharu di hatinya. Syukur atas anugerah yang diberikan Allah. Mendapat suami yang soleh. Sentiasa meletakkan cinta atas dasar Iman dan taqwa. Sentiasa mengingatkan bahawa tidak ada satu pun milik kita di dunia.

Semua itu, hanya pinjaman sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada, tanya persediaan. Termasuklah dalam soal cinta. Cinta atas dasar kerana-Nya, akan sentiasa merasa bahagia. 

"Tak percaya? Cubalah!" Kata-kata Ustazah Fatimah sejak di zaman matrikulasi dulu, sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Dari situ, dia membulatkan tekad. Untuk bercinta hanya kepada suami. Disandarkan cinta itu hanya pada Illahi.

"Sayang pulak camna?"

Amin mengejutkan lamunan Izyani dengan soalan tadi. Perasaan tadi membuatkan dia berasa seperti berkhayal. Khayal dalam keasyikan bercinta bersama suami.

"Sayang akan tanya diri bila dengar lagu tu.. layak ke diri ni untuk terima 'cinta pertama'? Memang rasa tak layak sangat-sangat.. siapa la yang nak 'share' 'cinta pertama' dengan sayang.."

"Alolo.. Wat ayat sedey plak.." Amin memintas kata Izyani.

"Huhu.. yala.. mesti la sedey.. bukan la sedey, tapi camtu la kan.. sapa la kita ni.."

"Sekarang ni sedey lagi la?" Soal Amin ringkas.

"Tak dah!" Balas Izyani.

"Sebab?"

"Sebab tak sedey laa..." ^_^

"Oo.. kenakan abang ye.."

"Tak la.. tapi betul la.. sekarang tak sedey dah.. sebab Allah dah pinjamkan kat sayang seorang suami yang baik, soleh untuk sama-sama kongsi rasa seronok, sedih.."

Amin membelai lembut pipi Izyani. Dirapatkan sedikit tubuh isterinya, lalu dikucup dahi isteri tercinta.

"Semoga kita dapat bercinta lagi di Syurga nanti.." Doanya di telinga Izyani..

"Ameen.." Balas Izyani.

Kelihatan kilauan cahaya cerah dari arah belakang kereta. Seperti memberi isyarat kecemasan. Amin memandang ke arah belakang melalui cermin sisi kereta.

"Lajunye kereta tu.."  Getusnya di hati.

"Ya Allah!!"

Ayat itu tiba-tiba terpacul daripada mulutnya. Baru kini dia sedar. Mereka sedang berada pada lorong memotong.

Dammmmm!!

Satu hentaman kuat dari arah belakang. Keretanya gagal dikawal. Berputar-putar di tengah lautan kenderaan yang lain. Dapat dirasakan putaran itu amat kuat sekali. Akhirnya melanggar tembok pembahagi jalan.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Dalam kebahagian, dijemput bertemu Yang Maha Esa?


Mustahil?

~.~Semoga kita dapat bercinta di Syurga nanti~.~





semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)