======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

Dialog dua wanita ( yg Buka Aurat vs Tutup Aurat )


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
   
BA : Buka Aurat
TA : Tutup Aurat

BA : Aku tetap nak buka aurat!
TA : Aku tetap nak tutup.

BA : Orang suka aku buka. Cantik katanya.
TA : Ada orang kata tak cantik tutup?

BA : Buka ni fesyen.
TA : Tutup still boleh berfesyen.

BA : Bila buka, ramai terpikat. Jodoh senang.
TA : Tutup, lebih ramai terpikat. Jodoh senang dapat yang soleh.

BA : Ketinggalan zaman tutup tutup ni.
TA : Arahan al-Quran tak lapuk dek zaman.

BA : Dah rasa baik sangatla tutup aurat tu.
TA : Ada aku kata ko tak baik? Atau ko sendiri yang tetibe rasa diri tak baik?

BA: Tutup pun kena fitnah gak. Mulut cam harem fitnah orang gak yang tutup aurat ni.
TA: Jika yang buka kena 1 juta fitnah, tutup kena 10 fitnah. Mana ko nak? Jangan salahkan majoriti bila minoriti yang mulut macam tu.

BA : Apasal nak tutup lak? Keindahan ni Allah bagi.
TA : Lebih indah di pandangan suami halal.

BA : Tak sedia lah nak tutup.
TA : Tak mengapa. Kain kapan sedia menutupi bila bla masa. Sedia atau tidak sedia.




semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

oohh fesbuukk.. ohh twitterrr.. alahai hati.. =,=


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

di sebalik kegembiraan, ada kesedihan yang di tanggung seorang diri =)

ok.. nie hanye nak tulis kosong .. bkn cakap kosong k.. cz sya xcakap..cume menulis ok..

asal fesbukk..?? asal twitter...??

alahaii hati.. ape nak jadi nieee....

sya da deactive fesbuk sya buad selama lama nyee...

da tanam fesbuk sya...

alahai hati... sedih nyee =( sabor jelaa

banyak kenangan kt fesbuk 2...

tiap kali bukak fesbukk.. mestii tgk profile sesorng nie..

mule laa air mata xberharga nie tersembur kuor...

walopon da deactive ..xlama tu reactive balek..

terpaksa td mintak besfen tukaq paswed fesbuk n deactive kn balek n jangan kasi tawu paswed y dy tukaq tu

alahai hati... kenapa bersedih??

asek sal fesbuk je.. kenapa dgn twitter??

haha..adoyai.. tetibe lak gelak..

bukan hape.. lepas solat isya' tadi, tetibe lak gatal nk buad account tweet2 nie.. ecececece

tapi en... alahaaaii...

xsampai setegah jam bersaman 30 menit..

da deactive account tweet tweet tu

ahaha.. bagos3...

xmo daa terjebak ngan laman sosial cmtu...

serikkk.. seriikkk..

fesbuk ka.. twitter ka...

tp blog nie sy still akan menyayangi nyee... kih3

alahai hati jangan laa bersedih..

la tahzan innallaha ma'ana...


sebuah pengalaman cukup mengajar kita bahawa siapa kita dan siapa Allah yg hakiki. 
cukup memberi kesan di hati.. ucapan " aku tak mampu !! " biasa terkeluar dari hati.. 
rintihlah pada Illahi.. kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya.. 
andai tidak di timpa ujian ini, adakah kita akan mengingati Allah?? 
tanyalah iman, kerana dia bisa memberi jawapan yang paling jujur.. 
tidak Allah tampakan ujian melainkan kita mampu menghadapinya.. 
dan tidak Allah mencabut sesuatu melainkan menggantikannya dengan yang lebih baik 
nantikan hikmahnya, pasti dirimu tersenyum penuh keredhaan.. 
moga dikurniakan yang terbaik dalam hidup mu.. ameen Ya Rabb

Allah turunkan hujan untuk beri pelangi yang indah..
tika hujan itu pergi, baru terasa rindu membasahi diri =)
di setiap badai, terpalit kemanisan di penghujungnya
pujuk diri dengan tarbiyahNya ^______^ 


semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

alert !! peringatan untuk muslimah-muslimah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



satu peringatan sebenarnya untuk muslimah-muslimah semua

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook, belog or twitter n so on laa.. hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan 

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu

tetapi..

sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat


tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu


moga Allah redha dengan perkongsian ini

ameen~

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

7 perangkap iblis laknatullah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Dalam mencapai kecintaan tidak berbelah bahagi kepada ALLAH SWT, adalah menjadi kewajiban kepada setiap jiwa yang mengaku Muslim dan beriman kepada ALLAH SWT dan Rasulnya untuk memperdalamkan ilmu dengan segala daya tenaga.

Di dalam perjalanan untuk mencari ilmu yang asrar yakni tinggi tahap fahamnya serta pelbagai kemuliaan yang khatir, maka bersedialah dalam mengorbankan tenaga serta memerah usaha kepada guru-guru yang mursyid dalam memahami tingkatan tipuan syaitan.

Pelbagai daya syaitan dan iblis dalam meminggirkan usaha mukmin daripada ibadah kepada ALLAH SWT :--



1¸¸.•¨• Syaitan dengan berterusan melarang manusia daripada taat kepada ALLAH.

•► Sedangkan kepada orang-orang yang sentiasa patuh kepada ALLAH SWT pasti menolak ajakan syaitan dengan berkata

“aku mengharapkan pahala daripada ALLAH SWT. Untuk itu, hanya bekalan di dunia ini mampu membawaku kepada akhirat yang kekal”.



☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻

2¸¸.•¨•¸ Dalam ibadat juga syaitan akan memujuk manusia meninggalkan taat kepada ALLAH SWT. Kata syaitan laknatullah ;  
“lakukan ibadatmu di waktu tua, masa masih muda”.

•► Bagi hamba ALLAH SWT yang terpelihara pasti menyatakan ;

“Kematianku bukan terletak ditanganmu wahai syaitan dan iblis laknatullah. Sekiranya aku menundakan beramal pada hari ini untuk hari esokku, dapatkah aku beramal pada masa yang akan datang? Sedangkan mati itu sahaja tidak tahu bila bakal menjemputku. Apakah yang akan ku jawab didepan Tuhanku?”


☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻

3¸¸.•¨• Sifat tergesa-gesa adalah sifat syaitan. 

Maka syaitan akan mengesa manusia mempercepatkan amalan. Contohnya solat tanpa tomakninah, bagaikan ayam yang mematum-matuk makanan. Syaitan laknatullah akan mengatakan ;

“cepatlah engkau beramal, perihal dunia yang lebih penting menantimu”

•► Manakala, bagi orang-orang yang selamat amalnya, pasti berkata ;

“Amal yang baik tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna”




☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺

4¸¸.•¨• Kemudian, syaitan laknatullah akan meneruskan usahanya dengan tahapan lebih tinggi dengan menyuruh orang-orang yang soleh dan mukhlish beramal agar melaksanakan amal ibadat dengan sempurna agar tidak dicela orang lain.

•► Kepada orang-orang yang ikhlas amalnya pasti berkata ;

“Cukuplah hanya ALLAH SWT sebagai penilai kepada segala amalanku, bukan kerana manusia aku ini beramal”




☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻

5¸¸.•¨• Tusukan hasutan syaitan diteruskan dengan membisikan pujian kepada orang yang beramal ;

“hebat dan tersusun ibadatmu hingga engkau kelihatan mempunyai darjat yang tertinggi berbanding orang lain”

•► Apabila mendengar lintasan itu, orang-orang soleh yang celik kehambaannya kepada ALLAH SWT akan berkata ;

"segala keagungan dan pujian itu adalah dikembalikan kepada pemiliknya iaitu Allah sSWT Yang Maha Jamil lagi Kamil. Bukanlah kekuatan itu miliku. Allah SWT adalah pemberi redha Nya hingga aku beramal sebagaimana diredhai Nya. Tanpa kurnia Nya Yang Esa, apalah yang dapatku harapkan daripada amalku yang tidak setanding dengan banyaknya dosaku."


☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻

6¸¸.•¨• Apabila mengetahui kegagalan usaha syaitan laknatullah, diteruskannya pula menghasut sesat manusia dengan cara yang lebih hebat. Caranya dengan membisikkan kepada manusia ;

“bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sirr, jangan sampai diketahui amalmu itu oleh orang. Sesungguhnya hanya Allah akan mengkhabarkan kebaikan serta keikhlasanmu kepada orang lain”

•► Melihatkannya, menampakkan kebaikkan yang dilakukan pasti mendapat tempat di sisi ALLAH SWT Yang Maha Mulia. Namun, kepada Ahlul Haq pasti menyedari itu adalah usaha syaitan laknatullah meletakkan penyakit riya di hati.

Berkatalah Ahlul Haq dengan kebesaran ALLAH SWT ; 

“hai syaitan laknatullah, tiada guna segala usahamu menyesatkan ku. Engkau berpura-pura memperbaiki amalanku, sedangkan engkau menginginkan kerosakan amalku. Aku adalah hamba Allah SWT, aku tertakluk kepada kekuasaan Nya. Jika Dia berkehendak, Allah akan melahirkan atau menyembunyikan amalanku. Dia lah yang akan menentukan duduk letak mulia atau hina amalanku. Tiadalah kekhuatiran kepadaku andai amalanku dinampakkan atau tidak di kalangan manusia, kerana itu bukan urusan makhluk setarafku”

☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻ ☺ ☻

7¸¸.•¨• Seterusnya, syaitan laknatullah dengan segala usaha akan mengoda manusia dengan membisikkan ; 

“hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadah. Sekiranya Allah telah menetapkanmu sebagai orang yang berbahagia pada hari ‘azali kelak, maka meninggalkan ibadah tidak akan memudaratkan dirimu. Dan jika Allah menetapkan dirimu sebagai orang yang celaka, tiada gunanya engkau beribadah, kerana engkau akan tetap celaka ”



••►Ketika inilah lahirnya golongan jabariah, qadariyyah (perbuatan mereka bukan daripada Allah, tetapi terhasil daripada diri sendiri), bahkan mujjassimmah dengan meletakkan ketentuan berdasarkan akal. Pada rupa luarnya seakan berlainan, namun jauh tersimpang dari manhaj Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Berhati-hatilah kalian dalam menghadapi tipu daya syaitan laknatullah.◄•





semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)