cinta tidak semestinye membawa kepada budaya bercouple, namun alangkah indahnya jika cinta itu membawa kita ke jalanNYA
akan tetapi, apa yang sering kita lihat ketika ini adalah kebanyakan di kalangan kita yang mengejar cinta dengan matlamat untuk bercouple. hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan kita khususnya, ditambah lagi dengan faktor umur di dalam kampus yang menjadikan tarikan untuk berpasang-pasangan dan ianya merupakan perkara lumrah dan mendarah-daging dalam diri mereka.
perkenalan di alam sekolah, kenal sebab sekelas atau satu universiti, kenal kerana pertukaran nota, bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah permulaan kepada episod cinta remaja, mungkin ''cinta monyet''
jadi bagi mereka yang sudah bermula untuk mencari cinta, semak balik niat korang. bagi yang sudah tersasar jaoh jadikan CINTA ALLAH TA'ALA sebagai benteng ampuh dalam mengawal karenah cinta korang yang semakin bergelora....
bagi yang sudah terdedah dengan gaya hidup bebas, keluar bersama untuk berdating, beriba dan bertepuk tampar bukanlah sesuatu yang pelik. kadang-kadang kita terkedu mendengar kisah hidup masyarakat muda-mudi Malaysia yang sudah ala-ala barat. masalah bercouple dan membawa balik pasangan ke rumah sudah menjadi perkara biasa, yang hairannya ibu bapa sendiri yang merestui hubungan HARAM itu. Maksiat?? dosa?? semuanya tidak terasa dek kerana matlamat menghalalkan cara. ramai di kalangan mereka yang hebat menjawab..
"Niat kami baik, bukan nak main-main pun. sampai masa kami kawin lah.. kamu sibuk kenapa?? macamlah baik sgt"
mabuk orang bercinta ini memang dasyat. mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Taala. pelik bukan???
mulut kita mengaku cinta Allah Taala, sayang Rasulullah s.a.w, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar..
kesimpulannya, jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin, sinonimnya cinta monyet ini.. mengapa kita perlu mencari marah Allah Taala semata-mata mencari bahagia manusia yang tiada jaminan..
"Ya Allah. kami ingin belajar untuk mentaati-Mu. kami ingin belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. kami seringkali jatuh da bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi, dan lagi.. semoga kami terus dipimpin oleh-Mu, duhai Allah." amin...
0 143 sahabat komen ♥ :
Post a Comment