Aku berkata kepada diriku,
Kenapa begitu degil hatiku,
Sentiasa melupakan Mu dan kekasihMu selalu.
Ya Allah,
Aku berkata kepada diriku,
Dimana cintaku kepadaMu dan sebaik-baik makhluk milikMu,
Yang mana telah Engkau ciptakan dengan keindahanMu,
Buat pedoman bagi siapa yang tahu.
Ya Allah,
Aku berkata kepada diriku,
Tidaklah aku melihat betapa tingginya nilai cinta Nabimu,
Lalu kenapakah aku sentiasa tidak menghargainya,
Bahkan sentiasa saja aku melupakannya?
Ya Allah,
Aku berkata kepada diriku,
Tidaklah orang yang membalas cintanya,
Mereka yang amat bersih hatinya,
Menumpahkan cinta mereka,
Setiap tempat, setiap masa.
Ya Allah,
Aku berkata kepada diriku,
Tidaklah aku ini tergolong dalam golongan mereka,
Kerana hatiku dipenuhi nafsu,
Dan cinta kepada dunia,
Begitu juga kepada isinya.
Ya Allah,
Aku berkata kepada diriku,
Dan Engkaulah Maha Mendengari segala sesuatu,
Tidaklah cinta itu murah harganya,
Hanya didapati oleh mereka yang tahu menilainya.
Ya Allah,
Aku berkata kepada diriku,
Semoga Engkau bukakan hatiku,
Terangilah ia dengan cahaya kecintaanMu,
Agar dapat suatu hari nanti,
Aku merasai niqmat cinta abadi.
4 143 sahabat komen ♥ :
ok... skarang sy dh follow.. hehe
hehe.. thanx
Kata-katanya sejuk ya kak
hee :D
Post a Comment