السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
SURAT BUAT IBU AYAH : Ibu.. Ayah.. Saya Nak Kahwin...
::janganlah
bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu
pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.
ibu ayah saya nak kahwin..
::janganlah
dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin
keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.
ibu ayah saya nak
kahwin..
::jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana
ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati
sekalipun, ilmu takkan pernah habis
dicari.
ibu ayah saya nak kahwin..
::walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud
dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah
tercatat di dalam Quran, orang
miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas
berkahwin.
ibu ayah saya nak kahwin..
::jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak.
Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat
bayi, kerana semua itu adalah kerja
Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya
yang tersendiri.
ibu ayah saya nak kahwin..
::berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada
dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik
dia melihat isterinya saja.
Dapat pahala lagi.
ibu ayah saya nak
kahwin..
::dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih
bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia
memberi dorongan. Kerja juga
menjadi lebih produktif.
ibu ayah saya nak
kahwin..
::percayalah yang dia sudah bersedia untuk
bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami
isteri pun, sudah pasti tiada
yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.
ibu ayah saya nak
kahwin..
::Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi
lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah
bersedia menjadi pemimpin, maka
benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.
ibu ayah saya nak
kahwin..
::Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah
berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah
supaya dia dapat menjadi seorang lelaki
yang lebih soleh.
ibu ayah saya nak
kahwin..
::Usia remajanya mengajar seribu erti
kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu
melangkah ke alam dewasa
pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.
ibu ayah saya nak
kahwin..
::Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja.
Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima
sepenuh hati. Kerana dia juga
tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang
tuanya.
ibu ayah saya nak kahwin..
::Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat
anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini
mencari calonnya. InsyaAllah, bukan
calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu
yang akan dicari.
ibu ayah saya nak
kahwin..
::Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah
sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu
adalah yang terbaik. Sama-samalah
kita berharap kepadaNya.
ibu ayah saya nak
kahwin..
::tapi apakan daya dia hanya mampu menulis
untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini
dapat dibaca dan difahami oleh
mak dan abah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah
segala urusan anak
mak dan abah ini, amin
7 143 sahabat komen ♥ :
tahniah sya!!!
:) mak abah ! sy nk kwen bla smpai jdoh sy .. :) brgna sgt . trma ksh cz shre :)
@ lan : erkk.. hihihi.. ^^
@ nurul :afwan ^___________^
(n_n) mak.. saya nak nikah
hihihi.. makin ramai nk kawen nie.. ^^
ye,,, owg sisni doakan,,,
hehe.. yelah..
syukran ya akhi ^^
Post a Comment