Abdullah bin Ja'afar bin al-Miswar meriwayatkan kiash tentang sebuah perjuangan menjaga maruah dan aurat musimah.
pada suatu hari, terdapat seorang perempuan arab muslimah pergi ke pasar Bani Qainuqa' membawa barang jualannya, lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas berbangsa yahudi.
kemudian datang beberapa orang yahudi mengepung dengan tujuan mengganggu perempuan tersebut
"buka penutup mukamu," kata sekumpulan orang yahudi tersbut
perempuan itu lantas mempertahankan maruahnya : "tidak!"
si tukang emas yang berada berdekatan dengan perempuan tersebut secara diam-diam memegang hujung kain perempuan itu, lalu disimpulkannya hingga ke bahagian belakang badannya ketika wanita arab itu tidak menyedarinya. apabila perempuan itu bangun, maka terdedahlah auratnya. apa lagi, orang yahudi ketawa terbahak-bahak.
"ha..ha..ha.. padan muka kamu!"
lantas perempuan itu menjerit : "tolong... tolong!"
tiba-tiba datang seorang lelaki muslim yang menyerbu tukang emas tersebut, lalu membunuhnya. orang yahudi yang melihat kejadian itu segera bertindak balas dengan membunuh lelaki muslim tersebut.
keluarga lelaki muslim itu mula menjerit memanggil orang Islam untuk bertemu orang yahudi tersebut. maka berlakulah pergaduhan antara mereka dengan Bani Qainuqa'. (Ibn Ishaq, al-Sirah al-Nabawiyyah)
x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x
adakah kini kita menghadapi situasi seperti yang dihadapi oleh wanita arab muslimah tersebut? jawapannya, T.I.D.A.K ! . malah sebaliknya wanita kini mendedahkan aurat atas dasar sukarela, "ikhlas" dari hati mereka.
berdasarkan kisah di atas, wanita dan lelaki berperanan mempertahankan maruah ( dalam konteks ini aurat ). wanita perlu memahami syariat, lantas menyambutnya dengan hati terbuka dalam bentuk amalan ( praktikal ).
bagi lelaki pula, jangan sekali-kali menjadikan wanita sebagai objek pelaris dalam apa-apa sahaja promosi. demikian juga peranan seorang suami, ayah, abang, termasuk juga lelaki secara umum, nasihatilah wanita yang berada di bawah jagaan mereka agar menitikberatkan penjagaan aurat sebaiknya..
2 143 sahabat komen ♥ :
DAN BUNUHLAH ORANG KAFIR DI MANA PN KAMU MENJUMPAINYA
erkk..
salah tu akhi..
Islam bukannya agama yang kejam.
"Ketika kami mengambil janji Bani Israel,bahawa tidak boleh kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,kaum kerabat,anak yatim,dan orang-orang miskin dan katakanlah kepada manusia perkataan yang baik dan dirikanlah solat dan berikanlah zakat,kemudian kamu berpaling(tidak menurut perintah Allah)kecuali sedikit di antara kamu,sedang kamu tetap berpaling."Ayat 83:Surah Al-Baqarah
Sedangkan kaum Bani Israel(kaum pertama menentang Islam di Madinah),diperintahkan oleh Allah untuk berbuat baik sesama manusia,apatah lagi orang Islam dengan orang kafir.
kalau kita bunuh semua orang2 kafir, mungkin kerja dakwah akan terhenti.
terdapat dua golongan kafir, kafir harbi dan kafir zimmi, kafir harbi ni halal darahnya untuk dibunuh, manakala kafir zimmi ini adalah orang2 kafir yang berlindung di bawah negara Islam
wallahu'alam..
Post a Comment