======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

Gejala 'ikhtilath' merosakkan umat

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Pada hari ini gejala ikhtilath (bercampur-gaul) di antara lelaki dengan perempuan berlaku dengan meluas sekali. Seolah-olah seperti tiada siapa yang menyedari perkara tersebut termasuk suatu yang terlarang di sisi agama. Disebabkan hilangnya kesedaran itu jugalah, maka ia menjadi salah satu faktor yang mendedahkan kaum wanita kepada pelbagai bentuk ancaman keselamatan dan maruah.


Allah s.w.t berfirman (maksudnya): “…hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah terdahulu.” (Surah al-Ahzab, 33:33)


Walaupun ayat ini zahir asalnya untuk isteri-isteri nabi, tetapi sebenarnya ia turut mencakup seluruh kaum wanita beriman secara umum. Kerana wanita beriman itu mengikuti isteri-isteri Nabi dan menyelisihi perilaku kaum wanita jahiliyyah. Hal ini antaranya sebagaimana dijelaskan dalam Tafsir al-Qurthubi dan Tafsir Ibnu Katsir.
Juga firmanNya: “Maka wanita yang soleh adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada dengan apa yang Allah telah pelihara mereka.” (Surah an-Nisaa’, 4: 34)


Nabi s.a.w juga pernah bersabda: “Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan kata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (keinginan), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu.” (H.R. Muslim, 13/125, no. 4802)


Hadith ini menunjukkan bahawa perbuatan di antara lelaki dan wanita yang saling memandang, saling berbual tanpa keperluan syar’i, bersentuhan atau bersalaman, serta apa yang disebutkan melalui hadith ini tentang zina adalah terlarang dan perlu dielakkan.


Jika kita teliti betul-betul, nescaya kita akan temui catatan-catatan yang sahih berkaitan wanita-wanita yang terdiri dari kalangan para sahabiyah di zaman Nabi. Yang mana mereka ini sifatnya amat pemalu. Mereka berusaha mengelak dari menjadi tatapan kaum lelaki dengan tetap mendiami rumah-rumah mereka. Jika mereka keluar pun, mereka akan keluar atas alasan yang syar’i dalam keadaan yang terjaga serta ditemani oleh mahram mereka.


Di antara sebab wanita dibenarkan keluar adalah seperti untuk solat berjama’ah, menuntut ilmu agama, dan beberapa yang lainnya yang diperlukan selagi mana berada dalam keadaan aman dari fitnah, mendapat izin dari wali atau suami, dan setelah hak-hak suami dan anak-anak ditunaikan dengan sempurna. Jika mereka keluar, diwajibkan pula untuk mendapat pengawasan atau ditemani oleh mahram, bebas dari ikhtilath, dan berpakaian dengan pakaian yang syar’i (menutup aurat).


Walaupun wanita dibenarkan untuk solat berjama’ah di masjid bersama dengan yang lainnya, Rasulullah s.a.w tetap menegaskan bahawa solat terbaik bagi kaum wanita adalah di rumah mereka masing-masing. Untuk ke masjid pula, Rasulullah s.a.w menyediakan pintu khas untuk para wanita bagi mengelakkan percampuran dengan kaum lelaki. Dalam solat, Islam mengasingkan pula saf wanita di belakang dan lelaki di hadapan.


Nabi s.a.w bersabda: “Sebaik-baik saf lelaki adalah yang paling hadapan dan yang paling buruk adalah yang paling belakang. Dan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang, yang terburuk bagi mereka adalah yang paling depan.” (H.R. Muslim, 2/435, no. 664)


Manakala ketika tamat sahaja solat (sebaik salam diucapkan), kaum wanita perlu segera beredar. Manakala kaum lelaki, mereka beranjak setelah para wanita selesai keluar terlebih dahulu.


Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Ummu Salamah r.ha (salah seorang isteri Nabi s.a.w). Beliau berkata:


“Bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w, kaum wanita segera bergerak keluar (beredar) apabila mereka telah mengucapkan salam pada solat fardhu. Sementara itu, Rasulullah s.a.w dan kaum lelaki yang solat bersama-sama beliau tetap berada di tempat mereka bersesuaian dengan apa yang dikehendaki Allah. Apabila Rasulullah s.a.w bangun, maka mereka pun ikut bangun.” (H.R. Bukhari)


Bagi majlis-majlis ilmu pula, Rasulullah s.a.w mengasingkan (memisahkan) di antara lelaki dengan wanita. Abu Sa’id al-Khudri r.hu menceritakan:


Ada seorang wanita datang menemui Rasulullah lalu berkata, “Wahai Rasulullah, kaum lelaki telah pergi dengan membawa hadith-hadith daripada engkau. Maka luangkanlah satu hari untuk kami (kaum wanita) supaya kami dapat menemui engkau pada hari tersebut dan engkau mengajarkan kepada kami apa-apa yang telah diajarkan Allah kepada engkau.”

Rasulullah s.a.w pun menjawab: “Berkumpullah kamu pada hari ini dan ini, di tempat ini dan ini.” Setelah itu, para wanita pun berkumpul di tempat yang dijanjikan tersebut, maka Rasulullah s.a.w menemui mereka dan mengajar mereka perkara-perkara yang telah diajarkan oleh Allah s.w.t kepadanya. (H.R. Bukhari, 22/284, no. 6766)

Namun agak sedih hari ini, fitnah ikhtilath amat berleluasa bukan sahaja di pasar-pasar, di jalan-jalan, di pusat-pusat membeli-belah, di tempat-tempat kerja, atau di majlis-majlis walimah, tetapi juga telah sampai sehingga ke masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian umat Islam. ‘Aisyah r.ha (Ummul mukmin) sendiri pernah mengutarakan sesuatu apabila beberapa bentuk fitnah dari kalangan wanita mula berlaku. Beliau mengatakan:


“Sekiranya Rasulullah s.a.w melihat apa yang dilakukan oleh para wanita pada masa sekarang ini, nescaya baginda akan melarang mereka dari pergi ke masjid sebagaimana kaum wanita Bani Israel dilarang ke masjid.” (H.R. Bukhari, 3/378)


Dalam sebuah hadith yang lain, daripada Hamzah B. Abu Usaid al-Anshari rah daripada bapanya, bahawasanya ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w berbicara ketika berada di luar masjid sehinggalah berlaku percampuran lelaki dan wanita di tengah jalan. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda kepada kaum wanita:


“Hendaklah kamu melambatkan dalam berjalan (supaya berjalan di belakang), kerana kamu tidak berhak untuk memenuhi tengah-tengah jalan. Dan hendaklah kamu berjalan di tepi jalan, sehingga ada seorang wanita yang serta-merta berjalan merapat ke dinding, hingga bajunya tersangkut pada dinding disebabkan terlalu rapat dengan dinding.” (H.R. Abu Daud,)


Bayangkanlah,wanita dizaman Nabi dan para sahabat pun mereka tetap bersembunyi dan mengelakkan diri dari khalayak kaum lelaki. Yang mana pada masa tersebut kita ketahui orang-orang yang teguh beriman amat ramai serta mendominasi pula masyarakat pada ketika itu.


Berbeza dengan zaman ini, lelaki yang tegar beriman semakin kurang. Yang beriman tetapi lemah pun ramai. Lelaki-lelaki fasiq dan suka mengambil kesempatan pula yang banyak berkeliaran. Yang kafir juga tidak kurang ramainya.


Maka, sepatutnya kaum wanita beriman pada hari ini wajib lebih berhati-hati dan perlu memiliki rasa malu yang tinggi dari menjadi tatapan lelaki-lelaki asing di luar. Apatah lagi khabar-khabar fitnah dan jenayah yang mengaitkan wanita dalam masyarakat hari ini begitu banyak sekali.


Semoga kita semua tidak menjadi fitnah di antara satu sama lain sebagaimana dikhabarkan Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:


“Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalanku yang lebih bahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita.” (H.R. Bukhari dan Muslim –Muttafaq ‘alaih)


Saidina ‘Ali r.hu pernah berkata kepada isterinya, (iaitu) Fathimah r.ha: “Wahai Fathimah, apa yang terbaik untuk seseorang wanita?” Fathimah menjawab: “Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya.” ‘Ali berkata lagi: “Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta mereka (para lelaki) pun melihat mereka pula.” (adz-Dzahabi, al-Kaba’ir,m/s.171-172)


Jadilah wanita muslim yang beriman. Wanita beriman itu bukan wanita murahan. Kerana wanita beriman itu amat mahal lagi berharga. Yang harganya tidak ternilai sedikit pun dengan helaian wang ringgit. Melainkan dengan apa yang telah dinilai dan ditetapkan oleh Allah s.w.t bagi diri-diri mereka. Mereka menerima, bersyukur, dan redha dengannya. Ganjaran buat mereka adalah Syurga Allah yang luas terbentang.


Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seorang wanita telah mendirikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya (atau kemaluannya), serta mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, “Masuklah engkau ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang engkau mahu.” (H.R. Ahmad, 3/199, no. 1661. Ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, 5/34, no. 4598. 8/339, no. 8805. Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, 9/471, no. 4163. Hadith hasan lighairihi)

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa? 

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta? 

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal..

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

6 pesanan khusus untuk wanita

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


1. Jaga solat pada awal waktu.

Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.

Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah
zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak
yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa
dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.

Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup
dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa
dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada
hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.

Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa
masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur,
bangun tidur,makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.

Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan
bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap
titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir
mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.

Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat
berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah
suaminya termasuk solat dia sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.
Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat
amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.






semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

GADIS SOLEHAH YG COMEL ♥

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


-GADIS SOLEHAH YG COMEL- ♥


Buat ukhti.....
yakni...gadis-gadis solehah di seluruh dunia ni tau.....!
Hmm... nak panggil gadis-gadis solehah ini dgn pggilan “ukhti” boley?
Nak bersembang sikit dengan ukhti...... ada pesanan dari “seseorang” …
Hmm “Seseorang” la..... dia kata...dia tengah tunggu ukhti...
siapa tu yea ukhti? … tunggu ape yea? …
hmmm... tunggu la....hehe...

Prolog tentang ukhti.......”pernah tak ukhti berbisik?”

ukhti tahu tak... yang ukhti adalah yang terbaik? yang terindah...? Pernah tak ukhtu berbisik kat diri
ukhti… yakini dan selalu bisikkan : “ ya! ana Gadis SOLEHAH yang Comel =) !” ???
hmm...tapi tak ke orang kate perasan "comel' kalau mcm tu???
hehe.. bukanla ukhti kene cakap macam tu kat ramai-ramai atau “cakap kuat-kuat” kat wall - wall
facebook.. ! tapi itu untuk diri ukhti sendiri la.. untuk ukhti sematkan dalam hati je ...sebagai satu
Motivasi buat ukhti...!
hehe...Yup! betul ni....sebab... semua daripada ukhti memang yang tercomel....! jadi...ukhti kenalah
jaga kecomelan tu.... sebab kecomelan ni...boleh hilang tau...
hmm...betul ni.... boleh hilang........
ia hilang......... Bila nilai “Solehah” itu dah tak ada pada ukhti... :)
hehe...it is simple kan...!? =)... So...ukhti mestila kena sentiasa ada semangat untuk ISTIQAMAH jadi
INSAN yang SOLEHAH..... Sebab Insan Solehah tu BEST sangat-sangat.........yup! Betul ni, BEST....!
sebab ape yea? hmm...takpe jom terus membaca molek-molek pesanan “Seseorang” tu.....

ukhti & fitrah ukhti....
Fitrahnya ukhti pasti sama macam sahabat-sahabat ukhti yang lain. Gadis yang sedang meningkat
dewasa.... suka tengok cerita korea.. Suka akan coklat.... Suka dengan baby...suka bermain dengan
kucing... eh..”kitty...kitty la!”~ kata ukhti :) ...oh ya ka.... hmm :) ukhti kan lebih pandai dalam
mencipta panggilan manja terhadap segala yang ukhti suka dan “cute” kan.... lepas tu minat baju-baju
cantik … beg tangan... minat jubah-jubah... dan...

~~hellooo..!!!

....tapi bukan yang membazir dan mengada-ngada fasionnya tau!.. hehe...~sempat ukhti mencelah.....
hmm... minat juga pada tudung syiria.....eh....pendekla tudungnya...tapi ada jugak yang tak pendek kan...
yang mana yang tidak sampai tutup di paras yang sepatutnya, ukhti pun mesti akan cari yang lebih
labuh... kan...kan...kan...! hehe... takpe... bile ukhti teringin nak pakai apa yang ukhti suka, ukhti pun
pakaila suka-suka sahaja kat dalam bilik kalau ianya tak boleh dipakai kat luar.....kan.....smbil tengok
cermin.....”waah, comelnya !” ~ukhti berbisik sorang-sorang, sambil tersenyum :) .... aha...! suka juga
pada kecomelan diri sendiri apabila menonton diri kat cermin dan …..bila bersiap-siap sebelum ke
kelas mesti bagi diri ukhti “terasa” comel terlebih dahulu... hehe....ya ka?
Hmm tapi.... ukhti hakikatnya hanya selesa dengan penampilan yang tidak sesekali mengganggu
manusia yang ada 'penyakit' di hatinya kan!... dan ukhti tak suka juga mengganggu mata-mata insan
yang akhirnya hanya membawa fitnah....kan..kan..kan... wah... Itulah kecomelan sejati~ berbisik
sorang-sorang lagi... hihi.. suka sangat-sangat dengan kecomelan ya...!

hehe...itu kan fitrah.....

Ketika shabat-sahabat ukhti tengok cerita korea...(terkadang) ukhti pun tumpang sekaki jugak kan. Tapi
ukhti bukannya 'kaki' la.. yakni kaki cerita yang melekat sepanjang masa...sebab ukhti kan ada banyak
komitmen dan pengisian aktiviti yang lebih berfaedah.. kan?! ...Kan ukhti suka akan keaktifan...dan
pemanfaatan masa... gerakkan matlamat membina ummah & keunggulan semangat kerjasama
secomel wonderpet!!! (antara cerita kartun yang awak minat jugak tu – hihi.. awak selalu cakap...bak
kate wondrpet : “apa yg penting...Kejesame” ).. cumanya kalau dlm bab cerita korea ni.... ukhti
tersentuh la jugak kan dengan Hero cerita korea tu....mungkin ukhti pernah berbisik... yang mereka ini
hensem & cool...kan...kan.....kan....
hehe...itu kan fitrah....
Dalam cerita korea ukhti suka juga cara kisah dan warna-warni kehidupan yang dipersembahkan...
apatah lagi kalau temanya tentang “CINTA”... tersenyum ukhti sorang-sorang menonton babak cinta
yang mengganggui jiwa ukhti.. kan...kan...kan... macam-macam pula yang ukhti fikirkan... macam best
je kalau jadi macam tu.....kan...kan...kan....?
hehe itukan fitrah...
Dengar pula lagu-lagunya yang membuat hati ukhti terpesona masa babak best dan terikut-ikut dgn
mood Kekecewaan kalau melodinya beritma 'frust'.. huhu....betol la kata ukhti...lagu-lagu korea ni
macam “Hidup”! Macam boleh berjalan-jalan dalam kapilari darah ukhti je...kan...kan...kan...hehe
'feeling' la tu....

hehe itukan fitrah....

Tapi …. ukhti dalam minat-minat kat cerita korea tu... ukhti mesti akan berhenti atau tutup cerita tu
setiap kali masuknya waktu solat kan... eh...pause saja la...sebab lepas ni nak sambung balik yea?
..hehe.. tapi ukhti sambung lepas beberapa ketika la...Lepas ukhti selesai solat, baca al-Quran &
selesaikan komitmen-komitmen lain... lepas tu pula ukhti sekadar berkongsi pandangan suka-suka dan
keminatan terhadap HERO2 crita Korea tu itu sesama kawan-kawan je kan... sambil bergurau-gurau.. ..gosip-gosip...hihi...sekadar mewarnai masa dalam
persahabatan... Tapi ukhti sesekali tidak berlebih-lebihan, tak la sampai post & share sesuatu mcm HERO yang
ukhti puja lagi mengujakan di wall-wall Facebook... seumpama membuat pengumuman yang “hebat”
kat tempat awam... membuat persembahan “nilaian diri” utk tatapan semua...huhu..

Hellooo..!!!~~

tiba-tiba sahabat ukhti kata itu suatu yang tak salah la sangat pun.. tak mengganggu ketenteraman
awam pun.. hehe...tapi... ukhti bukan jenis mcm tu kan....ukhti pun nasihatla kawan-kawan ukhti tu
ya.... jadilah mcm ukhti yang suka post-post peringatan dari ayat-ayat al-Quran & hadith, gambar-gambar
petanda kebesaran Allah, perkongsian ilmu, perkembangan dunia islam dan.....

Hellooo.........!!!~~

tiba2 kawan ukhti mencelah lagi.... “dia pun ada jgk tazkirah-tazkirah tau!” ...hehehe...menyampuk aje
lah..hah..kalau mcm tu meh ajak kawan ukhti sekali jadi gadis solehah yang Comel...meh la...best
tau...hehe
aha...itu pasal Facebook yang kita kadang-kadang tersilap guna... terlebih, terlalai dan terlupa yang
kita msti jaga betul-betul nilai & maruah utk pameran ramai... huhu.....ukthi...kene la jaga-jaga juga
kan.. ;)

biasalah itukan fitnah....dan lorong-lorongnya...

ukhti... susah tak kalau nak terus ISTIQAMAH jadi Comel.. ?
Hari itu ada seorang budak lelaki... masej-mesej..... hmm...pandainya dia dapat nombor telefon....
ukhti mule-mule terkejut la kan....hish... curi-curi je no tepon orang.... pastu dia ulang-ualng mesej....
sehari dua kali lepas makan..... macam jadual nak makan ubat antibiotik aje.... ish... sibuk je la dia tu
kan?? eh.......sekejap...sekejap....!!! huh.... ayat-ayat dia Islamik la..... wah.. baiknye...
baiknye....bersungguhnye...bersungguhnye....murninye...murninya.... Caringnya....Caringnya.... cool
nye...cool nye.....~~
aduh... ukhti teruja sudah..... ukhti suka dah ni... tersentuh sudah... adui ukhti minat sangat-sangatla
dengan ayat-ayat yang best mcm tu.... tiba-tiba lagu “ayat-ayat cinta” bergema di hati ukhti….kui2....
….itukan fitrah...

Hmm...kejap yea budak laki...nak makan sesuatu....nantilah nak ~~re....rep..rrrrr....repl..reply~~ (eh..nape
tersekat-sekat ni?...ade yg tak kene la tu awak!).. hehe ....
Aha.. ade cokelat la... Alhamdulillah...yeay! coklat Cadbury! Makan jap eh... cokelat Cadbury... ade
seseorang budak laki mane ntah yang bagi tadi....budak class ke ukhti???.... ukhti 'ter'terima lah sebab
ada orang datang bagi cokelat tu tiba-tiba, takkan nak halau dia macam tu sahaja....(lagipun..ukhti kan
suka jgk kat coklat tu kan...hehe(“,)... tapi ukhti malu sangat-sangat waktu tu kan... ukhti takut
menularnya fitnah yea?!.... ok2.... so, lepas nie ukhti akan lebih berjaga-jaga ya....! ;) aduh, Cadbury tu
da cair la ukhti... panas kot ukhti...ia da cair.......
~msti hati ukhti pun macam tu kan ...cair mcm coklat Cadbury bile ada yg mencairkan hati ukhti....sebab
ukhti letak cokelat kat ats meja aje.... kat tempat panas..... ukhti tak jaga cokelat tu... kan coklat mudah
cair.... kalau ukhti letak kat tempat sejuk dan bersesuaian, mesti coklat tu akan terus ISTIQAMAH molek
bentuknye! Hehe.......sbb tu la ukhti... ukhti kena letak elok-elok, jaga elok-elok sesuatu yg mudah
cair...... macam hati ukhti.... kalau elok terus dijaga, tak akan terkena lah 'bahang'nya... tak akan dicair
semudahnye kan....hehee...
...nasib baik ukhti teringat kembali.....

hehehe...itukan fitrah.....

tup...tup...tup....
erk...!
“Abang ~~...Bla...bla...bla........sayang~~... bla..bla..bla...”
huish....awat semacam aje roommate ukhti tu bersembang dengan abang kandungnya kat tepon??
....ish..ish..ish awk...! ….rase lebih lembut kot suaranya dari kelembutan kuih Seri Muka... hehe.... eh...
ukhti ni la....baik sangka pulak...bukan abang kandung kot....abang lain kot.....hehe....tapi itu la ukhti,
sangat-sangat murni hati ukhti kan, ~menjaga & Husnudzan dalam segenap sangkaan yang muncul
kan....=)
….alamak...!!! ukhti pun terganggu lagi....ukhti rase mesti best kan mcm tu....ukhti terfikir lagi.. hati
mereka mesti asyik gembira aje.... terbelai, termamai, terbuai.... terBUAS...ops!....terbuas la pulak...
Ok2... ukhti tak suka kan kalau sampai mcm tu.....! ya!...nasib baik ukhti tak suka kan...
“Helloooo...!!!! I ingatkan you all dah kawin kalau dah sampai begitu cara nya!!!! grrr..grrrrrr...“ ~...wah...ukhti
bersuara dalam sindiran...hehe...nah! kene “seketul” dari ukhti... baru tau kan garangnya ukhti...
grrr~~.....ukhti benar-benar bertegas dalam hal ni kan..kan..kan..... ! Hehe... bertambahlah tahap
kecomelan ukhti lagi.....bravo yea ukhti...(“,)
eh...sekejap....! keliru kan... bile ukhti tengok kawan ukhti tu macam sama ja dengan ukhti... pakaian &
penampilan mcm ukhti... ada “jawatan-jawatan” jugak kot.... bila berkata-kata di luar, dengan ramai-ramai...ayat-ayatnya “Islamik” bagai... ...tapi.....
.....tapi....emm....itukan fitrah....eh.... fitrah yang menjadi fitnah la!!!
.... bolehkah dia berkata lagi pada dirinya yang dia adalah : “Gadis solehah yang Comel?”.. ..

hmm...FITRAH dan FITNAH...

hmm... sabar yea ukhti.....sebab ukhti mesti nak terus jadi Gadis Solehah yang Comel....kan....ukhti kena
jaga molek-molek diri ukhti tau.. sebab ukhti pun tau betapa BESTnya jadi Gadis Solehah ni
kan....kerana ukhti suka sangat-sangat dengan motivasi daripada Rasulullah... yg selalu ukhti sematkan
inspirasinya dengan sabda baginda..:

--------------------------------------------------------------

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang
solehah." (Riwayat Muslim)
--------------------------------------------------------------

....alhamdulillah.....yeay! ukhti kembali tersenyum...ukhti kembali tenang...ukhti kembali riang...ukhti
kembali bersemangat....kerana ukhti tau... yang menjadi Insan solehah itu adalah sebaik-baik
perhiasan di dunia ini... maka ukhti selalulah diiktiraf sebagai yang terindah....ya ukhti adalah GADIS
Solehah yang COMEL! Yang Terindah! Yang teristimewa! yang paling CUN MELECUN gituuu.... :)
… ...hehe.. senyum sikit ukhti..! (“,)
(^^,)..(^^,)...(^^,)...alhamdulillah....
dari tadi lagi kan..asyik sebut fitrah...fitrah...fitrah....
mengapa ukhti senang tersentuh...? mudah untuk meminati...? mudah diganggui hatinya? mudah
dibua-buai....?

…..“sebab....ukhti ada hati yang sangat lembut & suka sesuatu yang mempunyai nilai yang
“cute-cute”....

betul tak ukhti?

disebalik cerita korea.. cokelat.....baby.....kucing...perhiasan dan lain-lain yang disebutkan tadi......
bukan sengaja dikisahkan... tapi ada falsafah yang tersirat tentang ceciri jiwa ukhti.... semuanya
berkait rapat dengan sesuatu yang membuatkan ukhti memandang dan terpengaruh akan sesuatu...
kerana itulah ukhti mesti kena jadi kuat...! selalu menjaga kelembutan itu dengan cangkerang
keimanan.. ketaqwaan... kesucian....sebagaimana yang telah menjadi “trademark” ukhti selama ini...
Dan dengan kejayaan ukhti menempuh jerih payah mempertahankan cangkerang itu...keindahan yang
lain pasti sedang menanti ukhti...

macam kisah cinta dalam cerita korea tu, cairnya hati ukhti macam
coklat Cadbury tu... semuanya sememangnya akan hadir jua....kerana itu kan fitrah....semestinya Allah
pasti menyempurnakan fitrah ukhti....... kerana... Dia jua telah ciptakan “seseorang” lagi yang turut
punyai fitrah ...tugasnya....utk sama-sama sempurnakan fitrah yg tercipta....

------------------------------------------
so...

bolehkah ukhti berjanji.... yang...ukhti hanya menanti “seseorang” itu sahaja? Yang telah dicaturkan
untuk sempurnakan fitrah-fitrah ukhti dalam keredhaan?... seseorang yang sebenarnya tidak ada
masa pun menjadi seorang “budak laki pencair hati” bersama SMSnya berulang-ulangan...? seseorang
yang tidak ada masa pun bersama coklat Cadburynya...? dan seseorang yang tidak pernah pandai pun
memperdaya kelembutan ukhti itu...?

tapi... dialah seseorang yang masanya di saat ini hanyalah melangkah dan terus melangkah
menyempurnakan misi-misi agamanya?

dia lah yang ingin selalu ingatkan ukhti ...
selalu bermujahadah & menantikan ukhti....
dan dia lah “seseorang” yang pastinya menunggu ukhti ....
kerana....
dialah Lelaki Soleh yang hanya inginkan ukhti................... si gadis solehah yg Comel! =)

(( hehe.. senyum yea ukhti..! BEST sangat-sangat kan Janji-janjiNYA...!))

p/s : “seseorang” tu pesan : cuba baca sekali lagi pesanan dia ini sambil mainkan lagu Bisikan Nurani, dendangan inteam tu :
jom sahabat2 ku sayang. kita jadi sesolehah mungkin ya.jaga pergaulan, jaga mata, jaga hati, jaga iman.. keep ur faith.Allah inside. ♥

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)