======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

kisah bau KASTURI dan ZINA.


kisah bau KASTURI dan ZINA


Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Dia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari dia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: 

“Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan dia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: 

“Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, dia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang dia terdengar azan berkumandang. Dia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya, dia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana dia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..

Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..


Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_____^



semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

Jadi anak soleh/solehah ya !


Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu ?

Anak : Sebab saya anak mak kan ?

Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..

Anak : Apa tu mak  ?

Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..

Anak : Mak ! Janganlah...

Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)



 T___________T

p/s: sahabat2.. jadi anak soleh/solehah yaa ^___________^

nak buad apa-apa fikir mak ayah naa.. 

jangan di sebabkan kita "_________(tanak cakap)_________"



semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

7 Petala Kepincangan dalam 7 Petala Cinta



7 Petala Kepincangan dalam 7 Petala Cinta oleh : Rusydee Artz ( Syabab Musafir Kasih )
  
-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya.
 
Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya.
 
Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit. http://www.youtube.com/​watch?v=zeWzuFHI1Q8
2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui benda yang haram dalam scene ni. Yang paling geli apabila scene 'tak halal' ini diiringi dengan selawat ke atas Nabi beramai-ramai.

3. Scene seterusnya heroin nama Saida nak ambil buku terjemahan dari bapa dia depan budak-budak pondok yang sedang menadah kitab. Saida memakai baju yang amat terang, dengan purdah 4 segi style baru mungkin. Bila lihat dari sisi belakang akan nampak juga bahagian pipi dari bawah. Dengan kata lain, ini bukan purdah. Tapi hanyalah kain 4 segi tampal kat bahagian mulut. Tudung Saida pula macam kepala alien bila sanggul tudung ketara tampak kelihatan. Tudung bonggol unta apply dengan purdah. Tak lupa juga telinga jelas terbentuk di tudung yang dipakai dalam cerita ini dari awal sampai akhir. Pelajar lelaki di depan melihatnya dengan pandangan penuh minat. Well, purdah tapi berfitnah. Terbaik. Watak Hilma juga pakai tudung bonggol unta. ( note: Diana Amir telah pun memohon maaf untuk kesalahan tudung bonggol unta kerana masa pembikinan filem tu beliau masih tgh belajar pakai tudung )
 
Gaya pemakaian tudung + purdah yang salah ini sekaligus telah mencemarkan nama baik golongan yang berpurdah.

4. Scene seterusnya, flashback setelah Hamka dikatakan maut dalam letupan. Scene heroin bersama Hilma adik Hamka di tepi jeti. Dia teringat balik keromantisan akhi Hamka (ulang lagi Assalamualaikum Cinta, Wslm Rindu) yang datang dan duduk betul-betul di sebelah si heroin. Belum kahwin. Kononnya tidak mengapa sebab ada adik temankan, duduk berdua-duaan dekat-dekat macam tu tak menjadi kesalahan. Lalu startlah heroin bermadah: "Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara." Ayat orang bercinta. Bercinta sebelum kahwin adalah.....haram kan?
 
5. Scene Attar datang hantar buku-buku ke rumah. Saida bersama-sama Abi dan Umminya dalam rumah. Saida berpurdah tapi lengan tak tutup dan tak cuba untuk tutup lengannya yang sememangnya aurat di depan tetamu si Attar. Masa tu scene heroin sedih, mungkin sedih tu menjadikan aurat lengan itu halal?

 Mulut tutup, aurat lengan buka.

 6. Scene seterusnya, flashback Saida lagi. Dia teringatkan Akhi Hamka sedang mengajar al-Quran di jeti bersama-sama dengan Hilma adiknya. Hairannya, si heroin duduk betul-betul sebelah dengan hero. Adik hero duduk jauh sikit pula. Terbalik. Sepatutnya adik lah yang dekat dengan si abang. Bukan wanita lain. Wow, siap si hero menepuk manja si heroin yang belum halal lagi buatnya dengan kain serban beliau.

 7. Fakharuddin Attar ( Hero Utama selepas Hero Sampingan Hamka mati ) dibuang Madrasah Qalbun Salim tanpa dengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Attar dicekup berkhalwat dengan wanita bernama Nida oleh Imam disaksikan heroin, ummi, Hilma dan watak2 lain. Ironisnya, pada satu scene awal perkenalan dengan Nida, si Attar ni tidak pula mahu masuk bilik si Nida untuk mengambil serbannya. Tapi kali ini, senang-senang sahaja masuk bilik. Godaan syaitan mungkin.
 
Pihak pondok terus buang, yakni terus menjatuhkan hukuman berdasarkan apa yang mereka saksikan dengan mata kasar tanpa dilakukan timbang-tara terlebih dahulu. Cara Islamkah begini mengajar untuk berlaku tidak adil pada pesalah?

 Last sekali punya scene - scene nikah Saida dan Attar, baju pengantin perempuan tak ikut syarak. Tudung masuk dalam. Tapi pakai purdah.

 Cerita ini disudahi dengan kata-kata hero sampingan Hamka:
 "Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta."

 7 petala cinta tidak diterangkan dalam cerita ini. Apa benda yang tujuh itu amat kabur sekali. Yang pasti, cerita ini telah mengangkat tema cinta sebelum nikah. Kerana cinta pada Saidatul Nafisah, Hamka rela berkorban walaupun jadi mangsa letupan semata-mata nak siapkan hadiah perkahwinan Hamka dan Saida, yakni al-Quran tulisan tangan sendiri buat Saida.
 Sebelum menonton, anda kena ingat:-

 1. Cerita ini bukanlah gambaran kehidupan Islam sebenar.

 2. Bukan gambaran sebenar kehidupan pondok/pesantren yang mengasingkan lelaki dan perempuan.

 3. Nice try dari pengarah, tapi tidak cukup nice untuk menggambarkan Islam yang indah.

 4. Skripnya boleh tahanlah. Tapi jalan cerita, you tentukan sendiri. Still tak dapat challenge KCB (Ketika Cinta Bertasbih). Tidak ada cerita yang sempurna Islamikanya. Tapi betterlah kalau lihat dari etika pemakaiannya.

 5. Sekiranya ketujuh-tujuh kritikan terbuka di atas diperbetulkan dan dititikberatkan dalam cerita terbitan akan datang, insyaAllah cerita itu lebih better. Penonton berhak mengkritik.

 p/s: Kritik sebab cerita dia nak menonjolkan Islam dan nak mengaitkan Islam. Kalau cerita bukan cerita Islamik, tak perlu kritik sangat sebab memang kita tahu tak syarie langsung pun.



semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

ibu ayah.. saya nak kahwin



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



SURAT BUAT IBU AYAH : Ibu.. Ayah.. Saya Nak Kahwin...

ibu ayah saya nak kahwin..

::janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu

pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.



ibu ayah saya nak kahwin..

::janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin

keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.



ibu ayah saya nak kahwin..

::jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati

sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.



ibu ayah saya nak kahwin..

::walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah

tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas

berkahwin.



ibu ayah saya nak kahwin..

::jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat

bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya

yang tersendiri.



ibu ayah saya nak kahwin..

::berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik

dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.



ibu ayah saya nak kahwin..

::dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia

memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.



ibu ayah saya nak kahwin..

::percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami

isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.



ibu ayah saya nak kahwin..

::Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah

bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.



ibu ayah saya nak kahwin..

::Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah

supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh.



ibu ayah saya nak kahwin..

::Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu

melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.



ibu ayah saya nak kahwin..

::Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima

sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang

tuanya.



ibu ayah saya nak kahwin..

::Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini

mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu

yang akan dicari.



ibu ayah saya nak kahwin..

::Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu

adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.



ibu ayah saya nak kahwin..

::tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini

dapat dibaca dan difahami oleh mak dan abah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah

segala urusan anak mak dan abah ini, amin




semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)