======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

Mengapa Tidak Boleh Tidur Menelungkup ?

Mengapa Tidak Boleh Tidur MENELUNGKUP dan Kenapa Mesti Tidur posisi mengiring ke kanan??

Di sini ana akan membahas masalah posisi tidur secara sunnah, dan akan kita bahas secara ilmiah pula.

• Larangan Tidur dengan Menelungkup dalam Islam.

Dari Thakhfah Al-Ghifari r.a, salah seorang di antara ash-habush shuffah (para sahabat yang tinggal di Masjid Nabawi) berkata: “Aku tidur di masjid pada akhir malam, kemudian ada orang yang mendatangiku sedangkan aku tidur dengan posisi menelungkup. dan berkata: “Bangunlah dari menelungkupmu, kerana tidur yang demikian adalah tidurnya orang-orang yang dimurkai Allah.” Kemudian aku angkat kepalaku, maka ketika kulihat ia adalah Nabi SAW, maka akupun kemudian bangkit.”( HR. Al-Bukhari, dalam Al-Adab Al-Mufrad no. 1187, Ibnu Majah, no. 3723, Ahmad, no. 7981, At-Tirmidzi, no. 2768 dari hadits Abu Hurairah r.a)

Dalam riwayat Ibnu Majah dengan lafazh: “Ada apa denganmu sehingga tidur dengan posisi seperti ini (menelungkup), tidur seperti ini adalah tidurnya orang yang dibenci atau dimurkai Allah SWT.”

Hadits ini jelas merupakan larangan untuk tidur dengan menelungkup. Dan Allah SWT sangat membencinya, dan setiap perbuatan yang Allah SWT membencinya maka hendaklah sesuatu itu ditinggalkan. Adapun sebab dibencinya tidur menelungkup ini diterangkan dalam hadits dari 


Abu Dzar -radhiallahu ‘anhu-, ia berkata: 
“Nabi SAW lewat di sisiku sementara aku sedang tidur tengkurap, beliau SAW dan bersabda: ‘Wahai Junaidab, sesungguhnya hanyalah tidur seperti ini adalah tidurnya penghuni neraka’.” (HR. Ibnu Majah, no. 3724)

(Adab Tidur)

• Posisi tidur:

Posisi mengiring ke kanan, berbaringlah dengan mengiringkan badan sehingga badan bertumpu pada lambung sebelah kanan. (Muttafaq alaih:1470)

Meletakkan tangan dibawah pipi (HR-Bukhari:821)

Terlarang tidur menelungkup (HR-Abu Dawud:822)
 
secara ilmiah : Posisi tidur Menelungkup dan Posisi Mengiring ke Kanan Dari Segi Kesihatan

Tidur menelungkup tidak elok untuk pernafasan atau boleh sesak dalam bernafas. Banyak tidur pada sisi kiri badan (menghadap ke kiri) boleh mengganggu kesehatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga sirkulasi darah terganggu dan mengurangi aliran darah ke otak. Jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi-mimpi sedih memilukan, mimpi buruk/seram (nightmares), bahkan berjalan dalam keadaan tidur (somnabulisme). Posisi tidur terbaik menurut sains adalah pada sisi kanan tubuh (menghadap ke kanan). Fakta ini telah diuji melalui riset medis modern yang panjang untuk membuktikan kebenaran ajaran Islam yang berkualitas wahyu, sebagaimana Rasulullah SAW menganjurkan kepada para pengikut beliau untuk tidur berbaring pada sisi badan bagian kanan.

~ Oleh : Muhammad al islam.


Kebenaran hanya milik Allah.

wallahu'alam..

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

ibarat batang mancis


sahabat boleh cuba dirumah..hehe.. 
kalau nak jadi manusia kita kena SOLAT..
asuhan mengunakan 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat =)

caranya seperti gambar di sebelah :

1- jika tidak solat subuh, buang 2 batang mancis di kepala. kalau kita tinggal subuh, kita jalan tiada kepala.. hihi

2- jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah-olah kita berjalan tiada tangan =D

3- jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. kalau tidak solat asar, kita jalan tiada dada. :D

4- jika tidak solat maghrib, buang 3 batang mancis bahagian perut. Jadi.. jalan tiada perut. serupa hantu dah.. hihihi :D

5- jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki.. haa.. macam jalan tiada kaki...

kesimpulannya :
 
kalau kita tidak solat terus menerus maka kita ni bukan lagi manusia. Diri ini tidak sempurna jika tidak solat. kalau kita sering tinggal solat subuh dan maghrib, seolah-olah kita berjalan tiada kepala tiada perut.. hihihi.. orang tengok pun lari.. hantu ke apa budak ni..

renung-renungkanlah.. jika solat kita tidak sempurna maka cacatlah kita ni..wallahu'alam =)))

- salin . tampal . copy . paste -


 

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

Semua bertudung labuh tu ustazah ?


“Awak ambik course pendidikan Islam...??” 
 “tak…”
“Habistu??? Aaaa...mesti ambik course bahasa arab kan…”
“Tak juga, saya course civil engineering laa…”
“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!! Iye betul.. biasanya ustazah yang pakai tudung labuh nie… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...??

Sebagaimana firmanNya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ana ada nyatakan firmanNya pada header ana ^_________^
 

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi..

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai… Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

''Assalamualaikum ustazah… tak jawab dose taw.. kalau jawab ____________''

Selalu juga laa ana kena macam tu.. kalau nanti _________.. dalam hati jela ana jawab salam mereka..
 

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”
“Kenapa saya?”
“Sebab saya tengok awak alim je”
“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"
 

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iye walaupun saya
bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang
tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan.. insyaAllah..
 

♥♥ Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...
 

♥♥ Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT... Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.



semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

7 Wanita Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab




Tujuh Wanita Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab



Kaum perempuan cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.

Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.



Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la camni. Apasal lelaki mudah aje. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

 

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

 

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

 

Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks aje? Masa buat anak cari kita, masa nak beranak kita yang tanggung sendiri!”

 

Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

 

Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa? Kenapa??”

 

Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita datang haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.


--O--O-
-O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil.

Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada, dialah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

 

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik.
 
Kamu ada emas dan permata, adakah kamu nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika kamu letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi kamu??
 
Saya tidak dapat melihat kulit kamu pun kecuali muka dan tangan! Kamu tak mungkin akan terangsang nafsu tengok lelaki yang hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok kamu pakai hanya seluar pendek!”

 

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami.

Kenapa kamu perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang akan menanggung dosa yang kalian lakukan!”

 

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami.

Tak kesian pada lelaki ke??, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

 

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab kamu dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali kamu begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya kamu! Andaikan kamu meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga.

Ya, syurga menanti kamu malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

 

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya.

Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

 

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

 

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

 

Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”



--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--O--


Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…






semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)