======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

wasiat sebelum bergelar isteri

Dr. 'Aid bin Abdullah al-Qarni, dalam bukunya Jangan Bersedih Jadilah Wanita yang Paling Bahagia menukilkan sebuah wasiat yang paling baik. antara wasiat-wasiat yang diriwayatkan daripada wanita arab ialah wasiat Umamah binti al-Harith untuk puterinya Ummu Iyyas binti 'Auf pada malam majlis perkahwinannya.

Dalam wasiat tersebut terkandung :
"Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah memisahkan dirimu daripada lingkungan yang daripada engkau keluar. Engkau telah meninggalkan kehidupan tempat engkau membesar. Seandainya seorang perempuan tidak memerlukan seorang suami kerana kecukupannya daripada orang tuanya dan keperluan orang tua kepada anaknya, maka engkau wanita yang sangat tidak memerlukan suami. namun, wanita diciptakan untuk lelaki dan baginya lelaki tercipta"

Nasihat pertama dan kedua :

Berpuas hatilah kepada suami dengan apa ada padanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertakan ketaatan.

Nasihat ketiga dan keempat :

Sentiasalah engkau mempertahankan pandangan mata dan deria bau suami, jangan sampai matanya memandang daripadamu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium daripadamu melainkan bau yang harum.

Nasihat kelima dan keenam :

Sentiasalah engkau memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana kelaparan menyemarakkan rasa marah dan kekurangan tidur menyebabkan mudah berang.

Nasihat ketujuh dan kelapan :

Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. perkara yang terpenting berkaitan hartanya ialah engkau perlu mengaturnya dengan baik. Manakala berkaitan dengan anak-anaknya adalah memeliharanya dengan baik, kerana anak merupakan amanah Allah, maka peliharalah dan didiklah ia sebaik mungkin.

Nasihat kesembilan dan kesepuluh :

Janganlah sesekali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana apabila engkau melanggar perintahnya, engkau telah menyempitkan dadanya. Dan apabila engkau menyebarkan rahsia, maka engkau telah mengkhianati amanatnya. juga, janganlah sesekali engkau berdukacita di hadapannya ketika dia sedang bersedih. dan janganlah pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah yang muram ketika dia sedang gembira.

Warkah untuk Sang Bidadari

Wahai isteri yang sentiasa mencari ketenteraman hidup dan kebahagiaan yang berpanjangan. Ingatlah, sesungguhnya suaminu bukanlah Rasulullah saw dan akhlaknya juga tidak setara dengan akhlak Baginda. Lantas engkau juga bukanlah makhluk Allah yang paling dicintainya. sebagaimana Aisyah menjadi manusia paling dicintai Rasulullah saw pun disirami dengan api cemburu, maka berhati-hatilah dengan bahana api cemburu.

Berwaspadalah juga wahai sayap kiri untuk lelaki, jangan sesekali engkau memuji lelaki lain di hadapan suamimu atau engkau menceritakan perihal lelaki lain kepadanya. atau engkau mengagumi cara berpakaian lelaki lain, tutur bicaranya atau keperkasaannya. Sesungguhnya kaum lelaki terlalu membenci semua perkara itu. Mereka akan rasa tercabar dan tercalar kewibawaannya. Meskipun dia sendiri yang meminta berbuat demikian sehingga bersumpah tidak akan cemburu, ingatlah jangan sesekali engkau lakukannya kerana dia akan ingat sepanjang hayatnya.

Wahai isteri, ketahuilah sesungguhnya tersemat di kalbu lelaki agar tidak ada dalam dirimu yang lebih baik melainkan dirinya sahaja. Sesungguhnya, suamimu tidak akan mencari wanita lain di dunia ini. Dia telah berusaha mendapat dan memilikimu. Dia bekerja untukmu, hidup untukmu dan ingin hidup denganmu, bukan dengan orang lain. Maka, bertakwalah engkau kepada Allah dan berusahalah untuk sentiasa benar.

Percayalah kepada suamimu setelah engkau percaya kepada Allah yang dapat menjaga urusannya dan berilah apa yang diharapkan oleh suamimu.

Berpeganglah kepada hadis Nabi saw ini, maksudnya : "Allah tidak akan melihat ke arah wanita yang tidak berterima kasih kepada suaminya dan tidak pernah berasa cukup dripada suaminya."
(Riwayat al-Nasa'i dan al-Hakin)

Ciri-ciri Isteri Solehah

▬► Menjalankan perintah agama, cantik, berharta, baik keturunannya dan beriman.
▬► Membantu suami ke jalan kebaikan.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : " Ada empat jenis perkara, siapa yang diberikan kepadanya, maka dia memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat, iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, diri yang sabar dengan cabaran dan isteri solehah yang setia kepada suaminya dan hartanya. Hendaklah kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir dan isteri Mukminah yang menolongnya melalukan urusan akhirat." (Riwayat al-Baihaqi)
▬► Wanita penyanyang dan berketurunan.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Nikahilah wanita yang penyayang dan berketurunan (boleh melahirkan zuriat) sebab aku akan berbangga dengan kalian di hadapan para nabi pada hari kiamat kelak." (Riwayat Abu Daud)
Rasulullah saw menjelaskan wanita solehah ialah satu perkara yang membawa kebaikan dan hidup seorang lelaki, sementara wanita yang buruk (jahat) adalah salah satu daripada empat perkara yang mendatangkan penderitaan seperti yang disebutkan dalam hadis sahih yang bermaksud :
"Antara yang mendatangkan kebahagiaan itu ialah perempuan solehah yang apabila kamu melihatnya, maka akan membuatkan kamu hairan. Apabila kamu meninggalkannya, maka dia akan menjamin keamanan dirinya dan hartamu. Antara yang mendatangkan penderitaan ialah wanita yang jika kamu melihatnya akan bersikap buruk kepadamu dan melontarkan kata-kata kesat kepadamu, dan jika kamu meninggalkannya pergi, maka kamu tidak akan berasa aman pada dirinya dan hartamu." (Hadis ini dihasankan oleh Al-Albaniy.terdapat dalam At-Targhib Wat-Tarhib)



semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

kisah muslimah dan yahudi di pasar bani qainuqa'


Abdullah bin Ja'afar bin al-Miswar meriwayatkan kiash tentang sebuah perjuangan menjaga maruah dan aurat musimah.

pada suatu hari, terdapat seorang perempuan arab muslimah pergi ke pasar Bani Qainuqa' membawa barang jualannya, lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas berbangsa yahudi.

kemudian datang beberapa orang yahudi mengepung dengan tujuan mengganggu perempuan tersebut

"buka penutup mukamu," kata sekumpulan orang yahudi tersbut
perempuan itu lantas mempertahankan maruahnya : "tidak!"
  
si tukang emas yang berada berdekatan dengan perempuan tersebut secara diam-diam memegang hujung kain perempuan itu, lalu disimpulkannya hingga ke bahagian belakang badannya ketika wanita arab itu tidak menyedarinya. apabila perempuan itu bangun, maka terdedahlah auratnya. apa lagi, orang yahudi ketawa terbahak-bahak.

"ha..ha..ha.. padan muka kamu!" 
lantas perempuan itu menjerit : "tolong... tolong!"

tiba-tiba datang seorang lelaki muslim yang menyerbu tukang emas tersebut, lalu membunuhnya. orang yahudi yang melihat kejadian itu segera bertindak balas dengan membunuh lelaki muslim tersebut.

keluarga lelaki muslim itu mula menjerit memanggil orang Islam untuk bertemu orang yahudi tersebut. maka berlakulah pergaduhan antara mereka dengan Bani Qainuqa'. (Ibn Ishaq, al-Sirah al-Nabawiyyah)

x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x

adakah kini kita menghadapi situasi seperti yang dihadapi oleh wanita arab muslimah tersebut? jawapannya, T.I.D.A.K ! . malah sebaliknya wanita kini mendedahkan aurat atas dasar sukarela, "ikhlas" dari hati mereka.

berdasarkan kisah di atas, wanita dan lelaki berperanan mempertahankan maruah ( dalam konteks ini aurat ). wanita perlu memahami syariat, lantas menyambutnya dengan hati terbuka dalam bentuk amalan ( praktikal ).

bagi lelaki pula, jangan sekali-kali menjadikan wanita sebagai objek pelaris dalam apa-apa sahaja promosi. demikian juga peranan seorang suami, ayah, abang, termasuk juga lelaki secara umum, nasihatilah wanita yang berada di bawah jagaan mereka agar menitikberatkan penjagaan aurat sebaiknya.. 




semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

Mengapa Tidak Boleh Tidur Menelungkup ?

Mengapa Tidak Boleh Tidur MENELUNGKUP dan Kenapa Mesti Tidur posisi mengiring ke kanan??

Di sini ana akan membahas masalah posisi tidur secara sunnah, dan akan kita bahas secara ilmiah pula.

• Larangan Tidur dengan Menelungkup dalam Islam.

Dari Thakhfah Al-Ghifari r.a, salah seorang di antara ash-habush shuffah (para sahabat yang tinggal di Masjid Nabawi) berkata: “Aku tidur di masjid pada akhir malam, kemudian ada orang yang mendatangiku sedangkan aku tidur dengan posisi menelungkup. dan berkata: “Bangunlah dari menelungkupmu, kerana tidur yang demikian adalah tidurnya orang-orang yang dimurkai Allah.” Kemudian aku angkat kepalaku, maka ketika kulihat ia adalah Nabi SAW, maka akupun kemudian bangkit.”( HR. Al-Bukhari, dalam Al-Adab Al-Mufrad no. 1187, Ibnu Majah, no. 3723, Ahmad, no. 7981, At-Tirmidzi, no. 2768 dari hadits Abu Hurairah r.a)

Dalam riwayat Ibnu Majah dengan lafazh: “Ada apa denganmu sehingga tidur dengan posisi seperti ini (menelungkup), tidur seperti ini adalah tidurnya orang yang dibenci atau dimurkai Allah SWT.”

Hadits ini jelas merupakan larangan untuk tidur dengan menelungkup. Dan Allah SWT sangat membencinya, dan setiap perbuatan yang Allah SWT membencinya maka hendaklah sesuatu itu ditinggalkan. Adapun sebab dibencinya tidur menelungkup ini diterangkan dalam hadits dari 


Abu Dzar -radhiallahu ‘anhu-, ia berkata: 
“Nabi SAW lewat di sisiku sementara aku sedang tidur tengkurap, beliau SAW dan bersabda: ‘Wahai Junaidab, sesungguhnya hanyalah tidur seperti ini adalah tidurnya penghuni neraka’.” (HR. Ibnu Majah, no. 3724)

(Adab Tidur)

• Posisi tidur:

Posisi mengiring ke kanan, berbaringlah dengan mengiringkan badan sehingga badan bertumpu pada lambung sebelah kanan. (Muttafaq alaih:1470)

Meletakkan tangan dibawah pipi (HR-Bukhari:821)

Terlarang tidur menelungkup (HR-Abu Dawud:822)
 
• secara ilmiah : Posisi tidur Menelungkup dan Posisi Mengiring ke Kanan Dari Segi Kesihatan

Tidur menelungkup tidak elok untuk pernafasan atau boleh sesak dalam bernafas. Banyak tidur pada sisi kiri badan (menghadap ke kiri) boleh mengganggu kesehatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga sirkulasi darah terganggu dan mengurangi aliran darah ke otak. Jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi-mimpi sedih memilukan, mimpi buruk/seram (nightmares), bahkan berjalan dalam keadaan tidur (somnabulisme). Posisi tidur terbaik menurut sains adalah pada sisi kanan tubuh (menghadap ke kanan). Fakta ini telah diuji melalui riset medis modern yang panjang untuk membuktikan kebenaran ajaran Islam yang berkualitas wahyu, sebagaimana Rasulullah SAW menganjurkan kepada para pengikut beliau untuk tidur berbaring pada sisi badan bagian kanan.

~ Oleh : Muhammad al islam.


Kebenaran hanya milik Allah.

wallahu'alam..

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

ibarat batang mancis


sahabat boleh cuba dirumah..hehe.. 
kalau nak jadi manusia kita kena SOLAT..
asuhan mengunakan 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat =)

caranya seperti gambar di sebelah :

1- jika tidak solat subuh, buang 2 batang mancis di kepala. kalau kita tinggal subuh, kita jalan tiada kepala.. hihi

2- jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah-olah kita berjalan tiada tangan =D

3- jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. kalau tidak solat asar, kita jalan tiada dada. :D

4- jika tidak solat maghrib, buang 3 batang mancis bahagian perut. Jadi.. jalan tiada perut. serupa hantu dah.. hihihi :D

5- jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki.. haa.. macam jalan tiada kaki...

kesimpulannya :
 
kalau kita tidak solat terus menerus maka kita ni bukan lagi manusia. Diri ini tidak sempurna jika tidak solat. kalau kita sering tinggal solat subuh dan maghrib, seolah-olah kita berjalan tiada kepala tiada perut.. hihihi.. orang tengok pun lari.. hantu ke apa budak ni..

renung-renungkanlah.. jika solat kita tidak sempurna maka cacatlah kita ni..wallahu'alam =)))

- salin . tampal . copy . paste -


 

semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)