======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

muslimah & gambar : ada apa dengannya ??

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Tidaklah tujuan saya mengaibkan uhkti. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang sayang pada kamu untuk membiarkan kamu menerima dosa-dosa yang kamu tidak sedari.Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab atau pendapat ulama’, namun tatkala fitnah mengundang, di samping itu terselit zina kecil(tersembunyi) berlaku. tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? 

Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam surah An-Nur :

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nur )  

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Kita takut ada yang sakit hati atau yang suka itu akan membuat macam-macam dengan gambar kamu. 

Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, surat dan sebaginya atau yang paling bahaya menggunakan guna2 ke atas anda hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah !. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah !

*
*
*
*

PENYELESAIANNYA . . .


Anda sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda membuang gambar itu dan tidak akan meletakkannya lagi. A.T.A.U Jika anda nak sangat letak gambar anda maka hendaklah anda mengprivatekan bl0g anda atau sewaktu dengannya tapi dengan syarat hanya KAUM HAWA sahaja boleh melihat gambar anda.

tapi sesetengah orang meletakkan gambar lukisan dirinya (lukisan potret) tapi hukum tetap tidak boleh kerana ia juga menggambar dirinya yang sebenar. Ada juga yang edit gambar dengan mengkaburkan atau membuat hitam putih…..itu tidak apa jika gambar itu tidak membentuk atau menyerupainya lagi.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Isu ini sangat popular sekarang…..ramai muslimah sekarang menyalahgunakan kemudahan ini…….

INGAT, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja…Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan. . . 



S e l a m a t   B e r m u j a h a d a h……!!!



semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

2 143 sahabat komen ♥ :

nik lan nik mat said...

bila2 mase2 je cantik tu blh hilang kan?

ღSya said...

yup ^^
cantek bile2 mse je akn ilang..xkn kekal kecantikan paras rupe 2..
so.. nk mncari biarlah y cantek d dlm..bkn cantek d luar shj =)