======================================================================================
'✿'ܓ♥ ..........ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ.......♥ '✿'ܓ

( : . . . sebarkanlah walau hanya satu ayat . . . : )

- tidak ada hakcipta terpelihara untuk iLmu yang dataNgnya daRi yaNg Maha Esa. bahkan kita dituNtut uNtuk meNyebarkaN apa yaNg kita taHu. maKa, sEbarkanLah apa saJa yaNg aNda fikiRkan perLu disebarkAn. tidaK perLu liNk keMbali atau miNta iZin. apa yaNg aNtum baCa di siNi hanyaLah maKlumat. ianyA akaN meNjaDi iLmu yaNg bermaNfaAt apaBiLa diAmaLkan. dan jIka kita saMpaikaN iLmu yaNg kita ada kePada oraNg lain, maKa Allah akan meNganugerahkan kepaDa kita iLmu yaNg belum kiTa taHu..

(: syUkran jaZila atas kuNjungaN dan seMoga Allah teMukan kita di syurgaNya yaNg aBaDi.. aMin :)

======================================================================================

ibu ayah.. saya nak kahwin



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



SURAT BUAT IBU AYAH : Ibu.. Ayah.. Saya Nak Kahwin...

ibu ayah saya nak kahwin..

::janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu

pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.



ibu ayah saya nak kahwin..

::janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin

keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.



ibu ayah saya nak kahwin..

::jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati

sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.



ibu ayah saya nak kahwin..

::walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah

tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas

berkahwin.



ibu ayah saya nak kahwin..

::jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat

bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya

yang tersendiri.



ibu ayah saya nak kahwin..

::berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik

dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.



ibu ayah saya nak kahwin..

::dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia

memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.



ibu ayah saya nak kahwin..

::percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami

isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.



ibu ayah saya nak kahwin..

::Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah

bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.



ibu ayah saya nak kahwin..

::Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah

supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh.



ibu ayah saya nak kahwin..

::Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu

melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.



ibu ayah saya nak kahwin..

::Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima

sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang

tuanya.



ibu ayah saya nak kahwin..

::Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini

mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu

yang akan dicari.



ibu ayah saya nak kahwin..

::Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu

adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.



ibu ayah saya nak kahwin..

::tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini

dapat dibaca dan difahami oleh mak dan abah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah

segala urusan anak mak dan abah ini, amin




semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat.. kalo suke like ek =)

7 143 sahabat komen ♥ :

nurul syuhada said...

:) mak abah ! sy nk kwen bla smpai jdoh sy .. :) brgna sgt . trma ksh cz shre :)

mujahidah solehah said...

@ lan : erkk.. hihihi.. ^^

@ nurul :afwan ^___________^

LeiyaUmairah said...

(n_n) mak.. saya nak nikah

mujahidah solehah said...

hihihi.. makin ramai nk kawen nie.. ^^

console said...

ye,,, owg sisni doakan,,,

mujahidah solehah said...

hehe.. yelah..
syukran ya akhi ^^